WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 7 March 2016

Ukuran Asas Acuan & Papan Kek


꧁﷽꧂

Perghh... lama tak bersiaran... Oven DeSweet pun lama tak berasap.. rindu ngan bauan haruman kek dan biskut.. urusan kerja yang tak habis-habis.. alhamdulillah "big project lemongrass" dah siap.. hmmppp boleh la merancang untuk membaking pulak... lalalala.. jadual kelas pun mula booking... harap segala impian dan harapan menjadi kenyataan.. kena mula balik ni.. lama dah tertangguh...

Hari ni DeSweet nak berkongsi ukuran papan kek yang biasa kita guna.. ini untuk rujukan DeSweet juga.. kalau simpan kat handset pun boleh hilang.. meh letak kat sini.. boleh gak jadi panduan untuk kita bersama.


Berat Kek 2.0 kg 1.5 kg 1.0 kg 800 g 500 g
Ukuran Acuan 14'' x 14'' 12'' x 12'' 10'' x 10'' 8'' x 8'' 7'' x 7''
Ukuran Papan 15'' x 15'' 13'' x 13'' 11'' x 11'' 9'' x 9'' 8'' x 8''
Ukuran Kotak 15'' x 15'' 13'' x 13'' 11'' x 11'' 9'' x 9'' 8'' x 8''

Ini adalah panduan asas untuk kita nak agak-agak besar mana acuan kek dan besar mana papan pelapik kek.. tapi DeSweet lebihkan 1" untuk kiri kanan pelapik.. contoh utk kek 1 kg, DeSweet letak papan 12".. sebab bila dah melepa kek.. dah deko kek.. ada terlebih.. nak nya kalau Red Velvet Cheese deko rose.. untuk langkah keselamatan nak packing dalam kotak dan delivery.. ada ruang antara kek dan kotak.. kalau tak nanti icing kena kat kek... hancus..
Walaubagaimana pun terpulang lah pada anda.. nak bajet ke.. nak memuaskan hati ke.. hanya anda yang tau hasil kerja anda.. muahhhhh.. harap dapat membantu...





MEMBERS