WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 9 February 2018

RESEPI Bengkang Roti



Resepi Bengkang Roti
 
Bahan-Bahannya
 
1 buku roti - saya guna roti benggali
2 cawan santan
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
secubit garam

Cara-Cara Membuatnya


Carik-carikkan roti dan rendam lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan roti dan letak ke dalam mangkuk.

Masukkan santan, susu cair, gula, tepung gandum dan garam ke dalam mangkuk roti. Kacau sehingga adunan sebati dan tidak berketul-ketul.

Sekiranya adunan agak pekat, tambah sedikit air ( tak perlu habiskan secawan air)

Tuang ke dalam loyang.

Bakar didalam oven dengan suhu 220c (atau ikut suhu kepanasan oven masing-masing) dengan api bawah selama 30 minit. Kemudian dengan api atas dan bawah lagi 15 minit. 


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

 
 

MEMBERS