WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 5 August 2022



Visi

Menjadi pengeluar utama pes makanan dan makanan sejuk beku yang pastinya halal, sedap serta mudah disediakan.

Menjadi jenama pilihan no.1 pengguna dan terkenal serta berdaya saing di pasaran tempatan ataupun luarnegara.

Meningkatkan mutu standard makanan tempatan dan barat yang mudah, sedap dan cepat disediakan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kualiti rasa dan kaedah penyediaannya.

Misi

Memaksimakan pengeluaran produk makanan yang mudah disediakan dan bermutu berasaskan masakan tempatan dan barat dengan pemilihan bahan yang halal, segar dan bersih menerusi penggunaan teknologi yang inovatif dan moden.


Objektif

Meluaskan pasaran produk HALAL dan berkhasiat sama ada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Menjadi alternatif dan pilihan utama kepada penyediaan makanan yang mudah, ringkas dan sangat lazat.

Menjadi jenama No.1 dalam kalangan pengguna dan setiap lapisan masyarakat.

Menaiktaraf produk tempatan ke tahap lebih tinggi dan berdaya saing.

Menyediakan Keperluan bagi pengguna di premis sebagai ‘One-Stop-Center’.

Membuka peluang kepada pengusaha kecil memasarkan produk mereka.

Membuka peluang kepada warga tempatan untuk berkerjasama dan menjadi kakitangan DeSweet Hut Worldwide
.


Jenis Perniagaan



Pes Makanan

Menyediakan pes makanan sedia untuk dimasak untuk kemudahan pengguna termasuk individu mahupun syarikan penghasilan makanan seperti catering, restoran, kedai makanan dan café.

 

Sejuk beku

Memproses makanan dan kuih muih yang disejuk beku untuk kemudahan pengguna

Tempahan makanan

 

Menerima tempahan makanan untuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi, mesyuarat, ‘lunch box’, pek ‘Goodies’ dan banyak lagi

 

Peluang menambah pendapatan

Membuka peluang menambah pendapatan sampingan bagi surirumah dan individu yang memerlukan.

 

‘Vendor’ dan kedai runcit

Menyediakan tempat penjualan bagi peniaga tempatan untuk menjual hasil jualan di kedai runcit DeSweet Hut Worldwide.

Memudahkan pembeli membeli barangan di kedai runcit DeSweet Hut seperti ‘One-Stop-Center’.


MEMBERS