WEEKEND ORDER
Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam.
Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain.
Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen.
Senarai nama tempahan dan produk:
1. Nasi Lemak Hijau
2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam)
3. Pes Ibu sambal
4. Pes sambal tumis ikan bilis
5. Kuah kacang diet
6. Cheese kek leleh
7. Choco moist kek
8. Mentega kacang diet
9. Sekaya pandan
10. Kuih muih frozen
Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa
PERNIAGAAN DeSweet Hut Worldwide
Friday, 12 February 2016
RESEPI Puding Jagung
Resepi
kali ni DeSweet nak kongsi bersama resepi pencuci mulut. Atas
permintaan.... teringin sangat rasanya nak makan dadih jagung asalnya.
Nak makan lepas dinner.. psstt.. bisik sikit.. perut selalu lapar
tengah-tenagh malam.. tapi nak diet katanya..
Beralih
citarasa sikit. Panna Cotta konon nya.. Bahan-bahan pun dah ada. Sambil
menghabiskan stock lama.. ehhemmm belum tamat tarikh luput lagi oke..
hehe..
Jom
kita cuba buat puding susu sos jagung manis.. Sangat mudah nak buat..
tak payah banyak keje.. tak banyak bekas nak kena basuh.. tu yang
penting...
Bahan-bahan puding:
390 ml Whipping Cream
390 ml Susu cair
115 gm Gula halus
8 gm serbuk gelatin
40 ml air
Asen vanila
Bahan-bahan sos:
1/2 tin cream sweet corn (sejukkan)
Cara-cara penyediaan puding:
- Larutkan serbuk gelatin dengan air.
- Panaskan whipping cream, susu cair dan gula hingga larut.
- Tuang sedikit adunan susu yang telah dipanaskan tadi kedalam larutan gelatin.
- Kacau larutan gelatin hingga sebati.
- Masukkan semua larutan gelatin perlahan-lahan dalam adunan susu dan asen vanila. Kacau sebati.
- Tutup api masakan dan tuang kedalam bekas.
- Dinginkan semalam.
- Apabila puding sudah keras, sudukan cram sweet corn diatasnya.
- Sedia untuk dimakan.
Yummy! Pencuci mulut yang sangat mudah. Cuba lah..
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan...
Wednesday, 10 February 2016
Tempahan Chelsea CupCake
Kisah
kejadian bulan Februari ni la.. Tempahan dari Ayu buat suaminya
tersayang.. Taksub sangat dengan CHELSEA.. Dari bertunang sampai la
kawen hadiah kek Chelsea kata kooo...
DeSweet
menyahut cabaran demi CHELSEA.. Jangan kecam DeSweet lepas ni.. Tah
kenapa la suka pulak ngan "The Blues, The Pensioners". Kalau tanya
apa-apa lain pasal CHELSEA ni tak tau apa pun.. suka kasi panas ngan
group study dulu..
Nama menda alah ni CUPCAKE sebab kek ni masak dalam cawan-cawan kertas.
Keknya pula Kek Red Velvet.
Topping atas Fondant.
Siapa berminat boleh la hubungi DeSweet:
WhatsApp : 019-3969707
IG : DeSweet C.H
FB : DeSweet CH
FB Page : DeSweet Cake House
Harga berpatutan.. Kita runding sampai jadi. In Sya Allah sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
Yang baik, yang berjaya itu datang dari rahmat Allah, yang lemah dan serba kekurangan itu dari DeSweet.
Apa
yang penting kita telah pun merancang dan berusaha.. Selebihnya kita
berserah. Semoga Allah memberkati rancangan dan usaha kita.. Ammin
Assorted Fruity Cookies
Tempahan
dibuka. Untuk Cookies pelbagai bentuk ni kena buat tempahan awal ya..
sekurang2 nya 2 minggu sebelum tarikh... Haaaa macam nampak mudahkan..
tapi perlu masa nak buat ni... hmmpppppp betul...
Menarikkan.. macam-macam boleh buat.. untuk hantaran.. untuk hadiah.. semua boleh...
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan...
Subscribe to:
Posts (Atom)