WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 12 February 2016

RESEPI Puding Jagung

Resepi kali ni DeSweet nak kongsi bersama resepi pencuci mulut. Atas permintaan.... teringin sangat rasanya nak makan dadih jagung asalnya. Nak makan lepas dinner.. psstt.. bisik sikit.. perut selalu lapar tengah-tenagh malam.. tapi nak diet katanya.. 

Beralih citarasa sikit. Panna Cotta konon nya.. Bahan-bahan pun dah ada. Sambil menghabiskan stock lama.. ehhemmm belum tamat tarikh luput lagi oke.. hehe..

Jom kita cuba buat puding susu sos jagung manis.. Sangat mudah nak buat.. tak payah banyak keje.. tak banyak bekas nak kena basuh.. tu yang penting...


Bahan-bahan puding:

390 ml Whipping Cream
390 ml Susu cair
115 gm Gula halus
8 gm serbuk gelatin
40 ml air
Asen vanila

Bahan-bahan sos:
1/2 tin cream sweet corn (sejukkan)

Cara-cara penyediaan puding:
  1. Larutkan serbuk gelatin dengan air.
  2. Panaskan whipping cream, susu cair dan gula hingga larut.
  3. Tuang sedikit adunan susu yang telah dipanaskan tadi kedalam larutan gelatin. 
  4. Kacau larutan gelatin hingga sebati.
  5. Masukkan semua larutan gelatin perlahan-lahan dalam adunan susu dan asen vanila. Kacau sebati.
  6. Tutup api masakan dan tuang kedalam bekas.
  7. Dinginkan semalam.
  8. Apabila puding sudah keras, sudukan cram sweet corn diatasnya.
  9. Sedia untuk dimakan.
Yummy! Pencuci mulut yang sangat mudah. Cuba lah..




Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS