WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 29 December 2017

Keroncong buat Ana


Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu

* Ke mana
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama

Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja

Ana... Ana...
Ana... Ana...

Tiada ku sangka akhirnya
Kau tutup semua
Pintu cinta untukku

Hinggaku
Termanggu tiada
Arah nak ku tuju
Membawa hatiku



#AnnDeSweet🌹

Thursday, 28 December 2017

Sayang



Tiada yang lebih terindah
Selain kita kau dan aku bersama
Biarku sentuh dan rasa
Kasih yang mesra
Hanya kita yang tahu

Tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu denganmu
Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia di siniku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Waktu dan usia berlalu
Saksi padamu dewasa dan sempurna
Setiap air matamu hancur hatiku
Mahu kau senyum selalu
Biar luka diubati waktu

Tuhan selalu denganmu
Sayang tidur saja sayang
Lupakan saja yang semalam
Tidurlah mimpi indah

Oh sayang tidur saja sayang
Setia di sini ku menjaga
Tidurlah kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Selamanya kau bidadariku
Takkan pudar senyumanmu yang pertama
Selamanya tetap kau sempurna
Sayang sayang
Sayang

Oh sayang tidur saja sayang
Lupakan saja semalam
Kaulah segalanya
Sayang kaulah segalanya
Sayang

Sayang tidur saja sayang

#AnnDeSweet🌹
Good night Dear 🌹🌹🌹

Sedap itu Sakit

Banyak-banyak air.. Mana air yang korang suka sangat..

Korang pernah tau tak.. Air soda, air gas, air berkabonat tu sebenarnya masam.. Tapi kenapa bila kita minum.. Hilang masam nya.. Tapi kita rasa manis..

Cuba buat experiment.. Perah limau nipis.. Dan letak gula.. Berapa banyak gula kita perlukan supaya jus limau nipis tadi jadi manis dan hilang rasa masam..

Cuba buat.. Macam tu la gula masuk dalan badan kita dengan sengaja...

Ada satu lagi perkara kenapa kita perlu tinggalkan terus dan BENCI air berkabonat tu...
Nak tau kenapa?????


Tuesday, 26 December 2017

DREAM BIG: Dimana hati terpaut..

Pernah suatu ketika dulu mengimpikan sebuah rumah di Cameron Highland.. Menghirup udara segar.. Nyaman.. Sejuk.. Lepastu.. Ada sebuah cafe english concept.. Ada jual cake.. Cake red velvet.. Yummy.. Ada scone.. Teh tarik.. Kopi.. Bestnya ketika tu berangan.. Kalaulah jadi kenyataankan.. Semoga Allah kabulkan Impian & harapan.. Semua ini menaikkan semangat untuk terus berusaha.. Jangan putus asa.. Mencapai apa yang diingini pasti banyak dugaan.. Cekalkan hati untuk capai matlamat..





TRAVEL :: Lepas ke Kuala Tahan kita ke Kuala Gandah

Hari ke tiga di Kuala Tahan.. Ingat aktiviti lepas sarapan nak berendam dulu kat swimming pool.. Sekali kolam sedang dibersihkan.. Rutin setiap hari Isnin.. Tukar air kolam.. Jadinya.. Pack barang kami check out..

My Dear hubby ajak singgah ke Kuala Gandah.. Kita tengok Gajah pulak...

#AnnDeSweet🌹
@ Kuala Gandah, National Elephant Conservation Centre

Panas terik sampai tak boleh buka mata.. Lepastu.. Tiba-tiba hujan lebat..
Nampak gajah kat belakang tu.. Pengunjung tengah bagi makan kat gajah- gajah
Lepas tu kami dapat tengok gajah berendam.. Meriah juga la.. Pandai gajah tu.. Ikut kata.. Pengunjung pun boleh mandi dengan gajah..
Anak gajah dua ekor berarak menuju ke anak sungai.. Time ni baru nak start hujan..
Sapa nak berendam ngan gajah.. Bawa la baju spare.. Meriah..
Kami jadi penonton ja... Tak kuasa nak berendam.. Kaki dah sakit.. Turun naik bukit semalam..
Adik pun nak mandi ngan Gajah.. puas pujuk..
Sambil tunggu hujan berhenti.. Kami dating jap ye... 💋💋💋💋💋
Hujan dah hampir benti.. Kami pun beredar pulang.. Dah rindu bantal bucuk... 😜😜😜

TRAVEL :: Pekena Murtabak Ferry di pekan Jerantut

Gara-gara member buat iklan kat FB.. Dia bagi tau murtabak feri di pekan Jerantut.. Kami apa lagi.. Gigih la mencari.. Akhirnya jumpa juga...

Serius sedap beb.. Mula2 order satu.. Tak cukup.. Order lagi.. Perghhh.. Kulit nipis.. Isi daging dia padat.. Terasa jus daging dia.. Mabeles.. Harga satu murtabak ni RM13.00 tapi memang puas hati la..

Tak Sabar nak ngap...

Besarkan.. tapi sedap sangat.. tak cukup satu tau

Sampai je.. dah ada yang order.. banyakkan..

Menu utama Murtabak Daging RM13.00

Monday, 25 December 2017

TRAVEL :: Night Safary, Taman Negara

Taman Negara : Malam kedua

Penat berjalan.. Naik bukit turun bukit.. Lutut pun longgar.. Peluh berlumba-lumba keluar.. Lemak terbakar.. Malam hari ni kita pegi Night Safary.. Bestnya kali ni sebab tak payah nak jalan kaki lagi.. Kita naik 4x4.. Siap boleh duduk atas bumbung.. Hihihi..

Kemana kita nak pegi Night Safary ni.. Hahaha.. Kita meredah ladang kelapa sawit.. Mari kita lihat apa yang kita jumpa.... Hihihi

Mula-mula kami jumpa babi hutan.. Siap langgar kete kami.. Haha lintang pukang dia lari.. Pastu jumpa Burung Raja Udang.. Lupa nak amik gambar time tu.. Pastu lama juga la pusing2 nampak burung hantu.. Pastu ada jumpa kucing hutan.. Tapi laju dia lari.. Tak sempat amik gambar.. On the way nak balik kami jumpa Ular Sawa Batik.. Camtu la ceritanya.. Sampai kat bilik semua kepenatan.. ZzzzzzZzZzzz

TRAVEL :: Canopy Walkway & Jungle Trekking, Taman Negara

Taman Negara - Siang Hari Kedua

Lepas sarapan kat resort kami dah get ready la pi kat Check point.. Cam biasa la.. Jetty Kuala Tahan atau Jetty Sungai Tembeling..

Pagi ni group kami bertambah.. Malam sebelum tu kami satu family ngan satu couple dari Kuala Terengganu.. Pagi ni tambah ngan lagi 12 orang.. Nak tau tak apa aktiviti pagi ni..

Jungle Trekking ke Bukit Teresek & Canopy Walkway.. Ni la yg tak sabar sangat.. Nak jalan kat titian gantung terpanjang di Asia katanya...



Register dulu. Seorang RM1.00, HP / Camera RM5.00

Belum masuk hutan lagi dah jumpa pacat.. huhuhuhu

Dah start naik bukit.. sakit kaki beb

Check poin pertama.. En Asmadi cerita serba sedikit sejarah Taman Negara

Lagi 1.9 km nak ke Bukit Teresek... kita belok ke Canopy Walkway je la macam ni..

Tunggu turn nak ke Canopy Walkway

Jangan tinggal Kangen Water & Miracle Mist..

Atas pondok nak start Canopy Walkway

Kita swafoto dulu atas titian kanopi

Jangan risau ya.. lepas je Canopy Walkway tu ada Tandas.. Bersih

Ini pokok Kacip Fatimah..

Akar yang menjalar ke atas tu namanya Akar Liana. Dalamnya ada Air bersih

Hampir nak sampai.. Adik dah tak larat sangat la tu..

Aktiviti di Taman Negara

Sunday, 24 December 2017

TRAVEL :: Rapit Shooting, Taman Negara

Taman Negara - Petang Hari Kedua

Rapit Shooting & Melawat Perkampungan Orang Asli

Naik bot ni la untuk Rapid Shooting.. Seronok main air..

Siapa pernah naik bot ni. Seram giler wo.. tapi best.. Sengaja je Abang yg bawa bot tu kasi kita nebes. pastu lagi dia bagi percik-percik air tu basah kat kita. Nanti bila selisih dengan boat lain lagi best.. bersorak-sorak je semua. Pengalaman yang sangat puas hati. Berhajat nak pergi lagi suatu hari nanti.

TRAVEL :: Night Jungle Trekking, Taman Negara

Taman Negara -  Malam Hari Pertama

Aktivi kat Taman Negara ni time malam hari ada 2 pilihan.. Night Jungle Trekking (NJT) & Night Safary (NS).. Kami pilih untuk malam hari pertama NJT & NS utk malam hari kedua..
Bermula pada 8.30 pm.. Check point di Jeti Sg Tembeling.. Berhampiran Mawar Restoran Terapung.. Dari sana kami dibawa menyeberang sungai menaiki bot menuju ke #MutiaraResort 

Night Jungle Trekking ni macam jalan santai-santai dalam hutan cari serangga.. Ada trek yang dibuat. Jadi tak la kita seram sangat nak berjalan atas tanah.. Dinasihatkan supaya bawa torch light sendiri.. Lagi puas kita nak tengok.. Gelap tau dalam hutan.. Tapi tak takut la.. Ramai lagi dari group lain.. Kita berjalan dalam kumpulan masing-masing..

Antara serangga yang dapat kami jumpa seperti ulat gonggok gergasi, labah-labah, kala jengking, tokek pun ada.. Haha.. Besar-besar tau.. Boleh buat duit tu.. Hahahhaha.. Kami jumpa ular.. Lagi apa ekkk.. Haa.. Kat menara tinjau kami bernasib baik.. Nampak sekumpulan rusa kat sana.. Enjoy!!!!!!




Golap Gulita wehhh.. Dalam hutan..

#AnnDeSweet🌹

Saturday, 23 December 2017

TRAVEL :: Menikmati keindahan Taman Negara

Taman Negara - Siang Hari Pertama 

Lepas isi perut.. kita jalan-jalan dulu berkenalan dengan tempat sekeliling resort kami tinggal.. jadi kita menghala ke Jetty dulu.. Jetty ni macam Check Point la nak buat apa-apa aktiviti.. Tak jauh dari rsort kami.. jalan kaki je dah sampai.. 

Banyak lagi resort lain semua dekat-dekat.. satu lagi resort kat Mutiara Resort.. tapi bagi yang berkeluarga yang banyak bawa bag dan barang-barang tu leceh la sikit.. kena seberang naik bot nak kesana.. 

Kami pilih kat Xcape je.. boleh park kereta terus dalam resort. Ada swimming pool. Breakfast pun siap ada sekali..








Jeti Sungai Tembeling

Restoran terapung
 
Tak sabar nak naik bot

Kita pin dulu pelan lokasi & no tipon XCape Resort


Penat sangat gayanya AdiQ Mya


MEMBERS