Apa yang nak bawa ni bila ke sana nanti.. Tak pernah pergi lagi ke sana..
Gigih meng'gegel' 'tenet'.. antara yang dapat dikongsikan dari belas ehsan blogger yang lain dapat la di rumuskan macam kat bawah ni...
Aktiviti menarik
kredit buat pojiegraphy. tamannegara-pakej. Taman Negara Asia
Panduan yang sangat berguna.. print jangan tak print ya..
1) Night Jungle Walk
Night walk ni mengambil masa sekitar 1 jam lebih. Ia akan bawa korang ke beberapa menara pantau (paling terkenal ialah Bunbun Kumbang), di sini korang boleh tengok macam-macam jenis haiwan dari jauh. Sebagai contoh, 'samba deer' jenis rusa yang terbesar.
Tips:
- Kalau nak buat 'Night Walk', sila buat booking awal-awal.
- Hutan Taman Negara Pahang ni hampir 130 million tahun usianya, so apa saja nasihat dari staf, sila beri perhatian dan ikut ;)
- Pakai pakaian yang sesuai dan yang penting menutupi mana patut. Cuaca agak panas dan lembab, berpeluh juga la sikit.
- JANGAN PAKAI SELIPAR, nanti jadi macam aku. Tengah sedap ambil gambar, tiba-tiba kena gigit something sampai berdarah kaki. Nasib bukan semut daging.
- Staf ada lampu suluh, tapi kalau korang lampu suluh sendiri lagi puas hati.
2) Canopy walkway - berjalan di titian Kanopi
Hari tu pergi ke Frim tak dapat pergi kat Canopy walkway.. masih dalam renovation.. tak pe la.. harap-harap kali ni ke Taman Negara merasa la naik..
Berikut merupakan caj yang dikenakan untuk mereka yang nak jalan atas Canopy Walk:
Harga naik Canopy Walk
Dewasa: RM 5.00
Kanak-kanak: RM 3.00
Waktu operasi
11 pagi hingga 2.45pm (Sabtu ke Khamis)
9 pagi hingga 12 tengahari (Jumaat)
Tips:
1. Digalakkan untuk anda pakai pakaian yang nipis dan selesa. Jangan
sesekali ada hajat untuk pakai pakaian macam nak buat fashion show ya.2. Pakai sarung tangan paras lengan dan seluar panjang bagi mengelakkan serangga.
3. Untuk persediaan, korang bawa la juga jaket kalis air.
4. Pastikan korang selesai trekking sebelum matahari terbenam. Kalau gelap, keadaan semestinya lebih sukar dan bahaya.
5. Patuh peraturan yang telah ditetapkan ketika berjalan atas titian kanopi, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
6. IKUT LALUAN YANG SUDAH DITANDA DI DALAM HUTAN.
3) Rapids Shooting
Apa pulak Rapids Shooting ni.. jap nak google lagi.. apa ke dia tu.. Oh.. menjelajah jeram dengan boat panjang.. macam seronok je dorang cerita dalam blog masing-masing..
4) Jungle treking
5) River Crossing to Lata Berkoh
6) Bagi makan ikan kelah
7) Melawat perkampungan Orang Asli
8) Meneroka Gua
Wow.. dah tengok.. dah baca.. memang lasak aktiviti sana.. teringat aktiviti Pengakap.. jangan tak tau.. Pengakap Raja tau.. hahahaha.. jiwa hutan tu masih segar.. tapi badan tak berapa nak segar macam dulu-dulu... huhuhuhuhu
Bila tengok aktiviti ni.. harap anak-anak pun berjiwa kental.. Aktiviti lasak..
#AnnDeSweet
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger