Sempena Syawal yang mulia Ni Kita nak belanja resepi. Resepi dari bonda tersayang. Setakat saat Ni belum lagi jumpa resepi ni di google. Kita pun Tak tau la dari mana asalnya resepi ni.
Sambal Santan Kacang Panjang Ni Kan. Dah jadi tradisi kami sekeluarga di Hari lebaran. Dimakan bersama ketupat Dan rendang atau Kari ayam. Sambal Santan Kacang Panjang Ni jadi Macam sayurlah pelengkap juadah bersama ketupat nasi Dan lauk Kari ayam atau rendang daging.
Menu : Sambal Santan Kacang Panjang
Bahan-bahan
2 ulas Bawang Besar
6 ulas Bawang kecil
3 tangkai Cili hijau
2 biji Jering tanam (kalau x de pun Tak pe)
1 inci halia
2 keping Fucuk kering
2 genggam Udang kering
1 kotak Santan
Kacang Panjang
Cara-caranya
1. Bawang besar, bawang kecil, cili hijau & jering hiris nipis.
2. Halia rincik halus
3. Fucuk potong 2x2 inci Dan rendam sampai lembut.
4. Udang kering tumbuk separuh
5. Kacang panjang hiris / siang nipis.
6. Masak Santan sikit sampai mendidih untuk menumis, masuk bawang², halia, jering, udang kering. Tumis sampai layu.
7. Masukkan cili hijau & kacang panjang.
8. Masukkan santan.
9. Tambah air ikut suka kalau nak kuah.
10. Garam secukup rasa.
11. Masak hingga kacang panjang layu.
Menu Ni juga sangat sesuai dimakan dengan ketupat, nasi impit, kanji atau bubur nasi.
Silalah Cuba.. Semoga perkongsian resepi ini dapat di sedekah pahala buat bonda Khatimah Dan Aruah ayahanda Aziz.. Al-fatihah (dibaca)
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger