WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Thursday, 17 November 2022

Doa Sebelum Perkongsian Diambil.

Assalamualaikum.
Admin menghalalkan setiap penulisan dan perkongsian dalam website ini diambil untuk tujuan yang baik. Sebelum itu, admin minta hadiahkan AL-FATIHAH dan niatkan.....
"Ya Allah, semoga pahala bacaan Al-Fatihah ini dihadiahkan buat SELURUH KELUARGA dan TEAM DESWEET HUT agar sentiasa sihat untuk menunai ibadah kepada ALLAH.
Serta permudahkan segala urusan dan limpahkan rezeki yang tidak pernah putus seperti air telaga zamzam yang tak pernah kering buat perniagaan DeSweet Hut Worldwide supaya dapat terus membantu hamba-Mu yang lain YA ALLAH."

Semoga pahala Al-Fatihah ini juga dihadiahkan kepada sesiapa yang mengaminkan doa ini"



Friday, 5 August 2022



Visi

Menjadi pengeluar utama pes makanan dan makanan sejuk beku yang pastinya halal, sedap serta mudah disediakan.

Menjadi jenama pilihan no.1 pengguna dan terkenal serta berdaya saing di pasaran tempatan ataupun luarnegara.

Meningkatkan mutu standard makanan tempatan dan barat yang mudah, sedap dan cepat disediakan ke tahap yang lebih tinggi dari segi kualiti rasa dan kaedah penyediaannya.

Misi

Memaksimakan pengeluaran produk makanan yang mudah disediakan dan bermutu berasaskan masakan tempatan dan barat dengan pemilihan bahan yang halal, segar dan bersih menerusi penggunaan teknologi yang inovatif dan moden.


Objektif

Meluaskan pasaran produk HALAL dan berkhasiat sama ada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.

Menjadi alternatif dan pilihan utama kepada penyediaan makanan yang mudah, ringkas dan sangat lazat.

Menjadi jenama No.1 dalam kalangan pengguna dan setiap lapisan masyarakat.

Menaiktaraf produk tempatan ke tahap lebih tinggi dan berdaya saing.

Menyediakan Keperluan bagi pengguna di premis sebagai ‘One-Stop-Center’.

Membuka peluang kepada pengusaha kecil memasarkan produk mereka.

Membuka peluang kepada warga tempatan untuk berkerjasama dan menjadi kakitangan DeSweet Hut Worldwide
.


Jenis Perniagaan



Pes Makanan

Menyediakan pes makanan sedia untuk dimasak untuk kemudahan pengguna termasuk individu mahupun syarikan penghasilan makanan seperti catering, restoran, kedai makanan dan café.

 

Sejuk beku

Memproses makanan dan kuih muih yang disejuk beku untuk kemudahan pengguna

Tempahan makanan

 

Menerima tempahan makanan untuk majlis keraian seperti sambutan hari jadi, mesyuarat, ‘lunch box’, pek ‘Goodies’ dan banyak lagi

 

Peluang menambah pendapatan

Membuka peluang menambah pendapatan sampingan bagi surirumah dan individu yang memerlukan.

 

‘Vendor’ dan kedai runcit

Menyediakan tempat penjualan bagi peniaga tempatan untuk menjual hasil jualan di kedai runcit DeSweet Hut Worldwide.

Memudahkan pembeli membeli barangan di kedai runcit DeSweet Hut seperti ‘One-Stop-Center’.


Thursday, 19 May 2022

RESEPI :: Pulut Kuning dan Rendang Tok

Kali ni Ann share resepi Pulut kuning dan Rendang Tok menggunakan Thermomix.

Pulut kunyit

500 g pulut, dibilas
1000 g air
1 sudu kecil kunyit kisar
2 ketul asam keping (asam keping)
2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan, diikat simpul

Rendang Tok

1250 g santan segar
2 ½ sudu kecil garam
1 sudu besar gula
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil biji jintan manis
1 sudu kecil biji adas
1 sudu kecil lada hitam
4 biji cengkih
1 bunga lawang
15 tangkai cili kering, buang bijinya, rendam untuk empuk
100 g bawang merah
2 ulas bawang putih
15 g halia segar
20 g kunyit segar
20 g lengkuas segar
3 tangkai serai segar, bahagian putih sahaja
50 g air
100 g pes kelapa bakar (kerisik) (lihat petua)
2 helai daun salam kering
5 helai daun limau purut
30 g minyak kelapa dara
1000 g daging lembu, potong kiub (5 cm)
1 tangkai ketumbar segar, dicincang, untuk hiasan

Persediaan

Pulut kunyit

Letakkan penutup mangkuk adunan, timbang dalam pulut dan air. Masukkan kunyit kisar, asam jawa, garam dan daun pandan ke dalam mangkuk. Gaul dan ketepikan untuk direndam sekurang-kurangnya 1 jam atau semalaman. 

Toskan melalui hidangan Varoma dan letakkan daun pandan di atas pulut yang telah direndam, pastikan beberapa lubang tidak terhalang. Tutup penutup Varoma dan ketepikan.

Rendang Tok

Letakkan mangkuk di atas penutup mangkuk adunan, timbang dalam 250 g santan. Masukkan 1 sudu kecil garam dan gula ke dalam mangkuk. Gaul dan ketepikan. 

Letakkan biji ketumbar, biji jintan manis, biji adas, biji lada hitam, bunga cengkih dan bunga lawang dalam mangkuk adunan, panggang kering tanpa cawan sukat 5 min/120°C/kelajuan 1. Biarkan sejuk selama 5 minit.

Kisar 1 min 30 saat/kelajuan 9. Kikis bahagian bawah mangkuk adunan dengan spatula.

Masukkan cili kering, bawang merah, ulas bawang putih, halia, kunyit, lengkuas, serai dan air, blend 30 saat/kelajuan 10. Kikis bahagian bawah mangkuk dengan spatula.

Masukkan pes kelapa, 500 g santan, daun salam, daun limau purut, 1½ tsp garam dan minyak kelapa, set sediakan Varoma ke dalam kedudukan, masak 20 min/Varoma/kelajuan 1. Keluarkan Varoma dan ketepikan. Buka penutup Varoma dengan berhati-hati, pindahkan nasi kukus ke dalam mangkuk dengan campuran santan.

Masukkan 500 g santan dan kiub daging ke dalam mangkuk adunan, tetapkan hidangan Varoma pada kedudukannya, masukkan mangkuk bersama pulut. Tutup tudung Varoma dan masak 45 min/Varoma//kelajuan . Keluarkan Varoma dan ketepikan.

Masak 10 min/Varoma//kelajuan  sehingga daging lembu lembut dan empuk. Biarkan selama 5 minit. Pindahkan ke mangkuk hidangan. Hiaskan dengan ketumbar cincang. Hidangkan panas bersama pulut kukus.

Petua & Petua
Untuk membuat pes kelapa anda sendiri, bakar 300 g kelapa parut (segar atau beku) dalam ketuhar yang telah dipanaskan (160°C) selama 30 minit sehingga perang keemasan. Kikis setiap 15 minit. Pindahkan ke mangkuk adunan, kisar 30 saat/kelajuan 10 untuk mengeluarkan minyak dan menjadi lembap. Kikis bahagian bawah mangkuk adunan dengan spatula. Ulangi langkah mengisar sebanyak 3 kali.
Resipi disumbangkan oleh Suriya Abdullah.

https://cookidoo.international/recipes/recipe/en/r175814

Tuesday, 17 May 2022

NOXXA :: Sup Ayam Pencen

Masih lagi dalam mood Raya ni kan. Mesti tercari-cari resepi mudah yang simple tak hingat. Al maklum dah mula berkerja, segalanya nak kena express. 

Sini Ann share resepi Sup Ayam Pencen guna Pressure Cooker Noxxa. Menu Sup ni sangat simple dan menjadi menu pilihan bila mana kawan-kawan, saudara mara datang mengejut. 

Resepi Tumis Darat

Bahan-bahan
1 labu bawang besar
2 inci halia - hiris nipis
Sedikit minyak

Cara membuat
1. Tekan STIR FRY dan ON (Periuk Lama) Periuk Baru AUTO ON. 
2. Panaskan minyak. Tumis bawang dan halia hingga wangi.
3. Keluarkan dari periuk, masukkan dalam mangkuk dan letak tepi.


Resepi Sup Ayam Pencen

Bahan-bahan A
1 ekor ayam kampung / ayam Pencen
1 labu bawang besar - belah 6
2 inci halia - hiris nipis
4 biji perahan limau kasturi
1 bungkus sup bunjut tulang
1 batang kulit kayu Manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1500 ml air

Bahan-bahan B
1/2 batang karot - potong nipis
1 biji tomato - belah 4
4 biji ubi kentang - potong 8

Cara membuat
1. Masukkan semua bahan A ke Dalam inner pot. Tutup Periuk.

Tekan HP, setkan 45 minit dan tekan ON (Periuk Lama) atau tekan SOUP, setkan 45 minit (Periuk Baru)

Laraskan tombol ke arah PRESSURE

2. Apabila periuk bunyi beep, laraskan tombol kearah STEAM untuk lepaskan tekanan wap. Selepas bunyi desiran berhenti, tekan CANCEL (Periuk Baru) atau OFF (Periuk Lama) Dan buka tudung periuk perlahan-lahan.

3. Masukkan bahan B kedalam inner pot Dan kacau rata. Tutup Periuk Dan tekan LP, setkan 5 minit.
Laraskan tombol ke arah PRESSURE

4. Apabila periuk bunyi beep, laraskan tombol ke arah STEAM untuk lepaskan tekanan wap. Selepas bunyi desiran berhenti, tekan CANCEL Periuk Baru atau OFF Periuk Lama dan buka tudung periuk perlahan-lahan.

5. Masukkan bahan TUMIS DARAT kedalam sup yang telag dimasak.

Sedia untuk dimakan.

Saturday, 14 May 2022

NOXXA :: Pulut Kuning

Al-kisahnya, tetamu berkunjung kerumah semasa weekdays. Ann pula kebetulan kena pegi site. Jadinya masa agak terhad. Jadinya apa lagi. Terus je masak pulut kuning dalam PC Noxxa. Mudah sangatlah. Tak perlu rendam beras pulut. Terus je tanak dalam PC. Rendangnya pula, Ann masak Rendang Ayam Ala² Negori. Ann guna thermomix. Campak-campak terus jadi. Hehe. Untuk resepi Rendang Ayam Negori Ann akan share di next post ya.

Jom Ann share resepi dan cara masak Dalam PC Noxxa.

RESEPI : PULUT KUNING

Bahan-bahan
2 Cawan beras pulut
2 Cawan santan
1 Sudu Kunyit serbuk
Garam secukupnya

Cara membuat
1. Masukkan beras pulut bersama santan, serbuk kunyit dan garam.

2. Tekan LP, setkan 6 minit dan tekan ON (Periuk lama) atau tekan LP setkan 6 minit (Periuk Baru)

3. Apabila periuk berbunyi beep, laraskan tombol ke arah STEAM untuk lepaskan tekanan wap. Selepas bunyi desiran berhenti, tekan CANCEL (Periuk Baru) atau OFF (Periuk Lama) dan buka periuk dengan perlahan.

4. Sedia untuk dihidang.

Sunday, 27 February 2022

Kasuwi Gedik in the house

﷽꧂


Weekend datang lagi. Open order dibuka bagi sekitar kawasan Teluk Panglima Garang, Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya. 

https://wa.me/601162969796?text=OrderKasuwiGedik



Saturday, 26 February 2022

99 Asmaul Husna Beserta Artinya

﷽꧂

“Orang yang berdoa dengan Asmaul husna maka telah meminta kebaikan seluruhnya, dan membuat pencegahan di antara dirinya dan keburukan seluruhnya. Jadi apabila engkau menyebut ar-Rahmân ar-Rahîm, maka kamu telah meminta rahmat, dan jika kamu menyebut al-Lathîf maka kamu telah meminta kelembutan, dan seterusnya.”
(Muhammad bin Alwi al-Aidarus, Khawwâsh Asmâ` ul-Husnâ Littadâwi wa Qadhâ il-Hâjât, Dar el-Kutub, Shan’a, Cet. Ke-3 2011, Hal. 16)

Setiap muslim dianjurkan untuk mengingat Allah SWT dengan melafalkan asmaul husna. Berikut ini nama-nama asmaul husna beserta artinya:


 

 الله

  Allah

  Allah

1

 الرحمن

 Ar Rahman

 Yang Maha Pengasih

2

  الرحيم

 Ar Rahiim

 Yang Maha Penyayang

3

  الملك

 Al Malik

 Yang Maha Merajai

4

  القدوس

 Al Quddus

 Yang Maha Suci

5

  السلام

 As Salaam

 Yang Maha Memberi Kesejahteraan

6

  المؤمن

 Al Mu'min

 Yang Maha Memberi Keamanan

7

  المهيمن

 Al Muhaimin

 Yang Maha Mengatur

8

  العزيز

 Al 'Aziiz

 Yang Maha Perkasa

9

  الجبار

 Al Jabbar

 Yang Memiliki (Mutlak) Kegagahan

10

  المتكبر

 Al Mutakabbir

 Yang Maha Megah, yang memiliki kebesaran

11

  الخالق

 Al Khalik

 Yang Maha Pencipta

12

  البارئ

 Al Baari'

 Yang Maha Melepaskan (membuat, membentuk, menyeimbangkan)

13

  المصور

 Al Mushawwir

 Yang Maha Membentuk Rupa (makhluk-Nya)

14

  الغفار

 Al Ghaffaar

 Yang Maha Pengampun

15

  القهار

 Al Qahhaar

 Yang Maha Menundukkan/Menaklukkan Segala Sesuatu

16

  الوهاب

 Al Wahhaab

 Yang Maha Pemberi Karunia

17

  الرزاق

 Ar Razzaaq

 Yang Maha Pemberi Rezeki

18

  الفتاح

 Al Fattaah

 Yang Maha Pembuka Rahmat

19

  العليم

 Al 'Aliim

 Yang Maha Mengetahui

20

  القابض

 Al Qaabidh

 Yang Maha Menyempitkan

21

  الباسط

 Al Baasith

 Yang Maha Melapangkan

22

  الخافض

 Al Khaafidh

 Yang Maha Merendahkan

23

  الرافع

 Ar Raafi'

 Yang Maha Meninggikan

24

  المعز

 Al Mu'izz

 Yang Maha Memuliakan

25

  المذل

 Al Mudzil

 Yang Maha Menghinakan

26

  السميع

 Al Samii'

 Yang Maha Mendengar

27

  البصير

 Al Bashiir

 Yang Maha Melihat

28

  الحكم

 Al Hakam

 Yang Maha Menetapkan

29

  العدل

 Al 'Adl

 Yang Maha Adil

30

  اللطيف

 Al Lathiif

 Yang Maha Lembut

31

  الخبير

 Al Khabiir

 Yang Maha Mengenal

32

  الحليم

 Al Haliim

 Yang Maha Penyantun

33

  العظيم

 Al 'Azhiim

 Yang Maha Agung

34

  الغفور

 Al Ghafuur

 Yang Maha Memberi Pengampunan

35

  الشكور

 As Syakuur

 Yang Maha Pembalas Budi

36

  العلى

 Al 'Aliy

 Yang Maha Tinggi

37

  الكبير

 Al Kabiir

 Yang Maha Besar

38

  الحفيظ

 Al Hafizh

 Yang Maha Memelihara

39

  المقيت

 Al Muqiit

 Yang Maha Pemberi Kecukupan

40

  الحسيب

 Al Hasiib

 Yang Maha Membuat Perhitungan

41

  الجليل

 Al Jaliil

 Yang Maha Luhur

42

  الكريم

 Al Kariim

 Yang Maha Pemurah

43

  الرقيب

 Ar Raqiib

 Yang Maha Mengawasi

44

  المجيب

 Al Mujiib

 Yang Maha Mengabulkan

45

  الواسع

 Al Waasi'

 Yang Maha Luas

46

  الحكيم

 Al Hakim

 Yang Maha Bijaksana

47

  الودود

 Al Waduud

 Yang Maha Mengasihi

48

  المجيد

 Al Majiid

 Yang Maha Mulia

49

  الباعث

 Al Baa'its

 Yang Maha Membangkitkan

50

  الشهيد

 As Syahiid

 Yang Maha Menyaksikan

51

  الحق

 Al Haqq

 Yang Maha Benar

52

  الوكيل

 Al Wakiil

 Yang Maha Memelihara

53

  القوى

 Al Qawiyyu

 Yang Maha Kuat

54

  المتين

 Al Matiin

 Yang Maha Kokoh

55

  الولى

 Al Waliyy

 Yang Maha Melindungi

56

  الحميد

 Al Hamiid

 Yang Maha Terpuji

57

  المحصى

 Al Muhshii

 Yang Maha Mengalkulasi

58

  المبدئ

 Al Mubdi'

 Yang Maha Memulai

59

  المعيد

 Al Mu'iid

 Yang Maha Mengembalikan Kehidupan

60

  المحيى

 Al Muhyii

 Yang Maha Menghidupkan

61

  المميت

 Al Mumiitu

 Yang Maha Mematikan

62

  الحي

 Al Hayyu

 Yang Maha Hidup

63

  القيوم

 Al Qayyuum

 Yang Maha Mandiri

64

  الواجد

 Al Waajid

 Yang Maha Penemu

65

  الماجد

 Al Maajid

 Yang Maha Mulia

66

  الواحد

 Al Wahid

 Yang Maha Tunggal

67

أل أحد

 Al Ahad

 Yang Maha Esa

68

  الصمد

 As Shamad

 Yang Maha Dibutuhkan

69

  القادر

 Al Qaadir

 Yang Maha Menentukan, Maha Menyeimbangkan

70

  المقتدر

 Al Muqtadir

 Yang Maha Berkuasa

71

  المقدم

 Al Muqaddim

 Yang Maha Mendahulukan

72

  المؤخر

 Al Mu'akkhir

 Yang Maha Mengakhirkan

73

  الأول

 Al Awwal

 Yang Maha Awal

74

  الأخر

 Al Aakhir

 Yang Maha Akhir

75

  الظاهر

 Az Zhaahir

 Yang Maha Nyata

76

  الباطن

 Al Baathin

 Yang Maha Ghaib

77

  الوالي

 Al Waali

 Yang Maha Memerintah

78

  المتعالي

 Al Muta'aalii

 Yang Maha Tinggi

79

  البر

 Al Barru

 Yang Maha Penderma (maha pemberi kebajikan)

80

  التواب

 At Tawwaab

 Yang Maha Penerima Taubat

81

  المنتقم

 Al Muntaqim

 Yang Maha Pemberi Balasan

82

  العفو

 Al Afuww

 Yang Maha Pemaaf

83

  الرؤوف

 Ar Ra'uuf

  Yang Maha Pengasuh

84

  مالك الملك

 Malikul Mulk

 Yang Maha Penguasa Kerajaan

85

  ذو الجلال و الإكرام

 Dzul Jalaali WalIkraam

 Yang Maha Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan

86

  المقسط

 Al Muqsith

 Yang Maha Pemberi Keadilan

87

  الجامع

 Al Jamii'

 Yang Maha Mengumpulkan

88

  الغنى

 Al Ghaniyy

 Yang Maha Kaya

89

  المغنى

 Al Mughnii

 Yang Maha Pemberi Kekayaan

90

  المانع

 Al Maani

 Yang Maha Mencegah

91

  الضار

 Ad Dhaar

 Yang Maha Penimpa Kemudharatan

92

  النافع

 An Nafii'

 Yang Maha Memberi Manfaat

93

  النور

 An Nuur

 Yang Maha Bercahaya

94

  الهادئ

 Al Haadii

 Yang Maha Pemberi Petunjuk

95

  البديع

 Al Badii'

 Yang Maha Pencipta Tiada Bandingannya

96

  الباقي

 Al Baaqii

 Yang Maha Kekal

97

  الوارث

 Al Waarits

 Yang Maha Pewaris

98

  الرشيد

 Ar Rasyiid

 Yang Maha Pandai

99

  الصبور

 As Shabuur

 Yang Maha Sabar





MEMBERS