Al-kisahnya, tetamu berkunjung kerumah semasa weekdays. Ann pula kebetulan kena pegi site. Jadinya masa agak terhad. Jadinya apa lagi. Terus je masak pulut kuning dalam PC Noxxa. Mudah sangatlah. Tak perlu rendam beras pulut. Terus je tanak dalam PC. Rendangnya pula, Ann masak Rendang Ayam Ala² Negori. Ann guna thermomix. Campak-campak terus jadi. Hehe. Untuk resepi Rendang Ayam Negori Ann akan share di next post ya.
Jom Ann share resepi dan cara masak Dalam PC Noxxa.
RESEPI : PULUT KUNING
Bahan-bahan
2 Cawan beras pulut2 Cawan santan
1 Sudu Kunyit serbuk
Garam secukupnya
Cara membuat
1. Masukkan beras pulut bersama santan, serbuk kunyit dan garam.
2. Tekan LP, setkan 6 minit dan tekan ON (Periuk lama) atau tekan LP setkan 6 minit (Periuk Baru)
3. Apabila periuk berbunyi beep, laraskan tombol ke arah STEAM untuk lepaskan tekanan wap. Selepas bunyi desiran berhenti, tekan CANCEL (Periuk Baru) atau OFF (Periuk Lama) dan buka periuk dengan perlahan.
4. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger