WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Wednesday, 23 February 2022

Cara guna Ibu Sambal


Sebenarnya banyak masakan yang boleh dimasak menggunakan ibu sambal. Selagi masakan tersebut menggunakan cili semua boleh kita gunakan Ibu Sambal. Ibu segala masakan bersambal atau bercili. Berikut adalah cadangan masakan yang biasa menggunakan Ibu Sambal. 

 SAMBAL SOTONG
-Rebus sotong hingga masak, kemudian ambil ibu sambal, panaskan dan masukkan sotong. Gaul sebati, siap. 
Boleh tambah hirisan bwg dan daun sup. 

 SAMBAL UDANG
-Goreng udang hingga masak, kemudian ambil ibu sambal, panaskan dan masukkan udang. Gaul sebati, siap. Boleh tambah hirisan bwg dan daun sup. 

 SAMBAL KERANG
-Rebus kerang hingga masak, kemudian ambil ibu sambal, panaskan dan masukkan kerang, gaul sebati, siap. Boleh tambah hirisan bwg dan daun sup. 

 SAMBAL SOTONG KEMBANG
-Rendam sotong kembang, kemudian rebus sotong kembang tadi. Setelah itu hiri nipis. Ambil ibu sambal, panaskan dan masukkan sotong kembang, gaul sebati, siap. Boleh tambah hirisan bwg dan daun sup. 

 SAMBAL PARU 
-Rebus paru sehingga masak, kemudian sejukkan. Kemudian hiris nipis dan goreng. Semasa menggoreng paru, masukkan paru sedikit dahulu dan goreng hingga garing. Tips paru garing, apabila minyak goreng paru dah mula mengecil, tu tandanya paru dah cukup garing. Kemudian ambil ibu sambal, panaskan dan masukkan paru tadi. Gaul sebati, siap. Boleh tambah hirisan bwg dan daun sup. 

 SAMBAL AYAM
-Goreng ayam hingga masak, kemudian ambil ibu sambal, panaskan dan masukkan ayam, gaul sebati, siap.
Boleh tambah hirisan bwg dan daun sup.

 SAMBAL TELUR
-Goreng telur hingga garing, kemudian ambil ibu sambal, panaskan dan masukkan telur, gaul sebati, siap. 
Boleh tambah hirisan bwg dan daun sup.


No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS