WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Saturday, 16 January 2016

RESEPI Kaswi

Kaswi untuk jamuan petang

Nak share resepi Kaswi gandum. Resepi ni dapat dari member group wasap jugak.. sumber asal tak tau dari mana.. tapi rata-ratanya dalam FB, dalam BLOG lebih kurang je resepi ni.. even mak pun guna resepi yang sama.. jadi resepi ni cam umum la kot kan.. semua guna resepi yang hampir sama juga... dah cuba pun resepi ni.. hasil cam diatas.. sedang elok.. sedang molek.. mantul... sedap sangat.. DeSweet pun dah panjang kan Share pada kawan-kawan juga.. semoga diperluaskan rezeki bagi yang empunya resepi ini..

Bahan-bahan sirap:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 gawan gula pasir
*masak semua bahan diatas dan sejukkan

Bahan-bahan lain:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 tbs kapur kuih

Hiasan:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara-cara:
1) Panaskan kukusan.
2) Ratakan sedikit minyak dalam loyang.
3) Satukan semua bahan diatas kedalam bekas kecuali bahan untuk hiasan
4) Gaul hingga sebati
5) Tapis bahan tadi kedalam loyang yang disapu minyak
6) Kukus 30 minit atau sehingga masak.
7) Hiasi Kasuwi dengan kelapa parut yang digauli garam.

TIPS:
* Tunggu sehingga Kasuwi sejuk barulah dipotong.
* Potong menggunakan pisau plastik


Selamat mencuba...


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 



No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS