WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 19 January 2016

RESEPI Lasagna Roti Sardin

Resepi ni sangat-sangat mudah.. hehehe.. ayattt kan... DeSweet mana nak buat keje susah.. semua yang mudah-mudah je.. masa itu emas beb... 

Kalau dah suntuk sangat masa nak masak boleh la cuba resepi ni.. bahan-bahan wajib ada dalam rumah is Sardine.. betul tak.. hahahhaha kalau roti tu ye la tak boleh simpan lama kan.. so kalau balik kije.. tengah drive.. pening nak masak apa.. jem teruk sangat.. lambat dah sampai umah ni.. pi la singgah kejap beli roti keping tu..

Nak makan roti keping gitu je cam tak best la.. tak nampak cam rajin ke dapur pulak kan... hahaha jadi pe lagi.. berlakon la kejap.. kasi kelentung kelentang bunyi sikit kat dapur.. walau masak resepi mudah cam ni... hahahhaha 

"Kelas ko Jah... masak Lasagna lagi koooooooo..." 
"rajinnnn ko Jah.... sempat lagi masak Lasagna tuuuuuuu.."

hahah apa lagi kembang la Jah tu kena puji.... wekkkkk

Susun semua bahan dan sedia untuk dibakar




Bahan-bahan
Roti Keping
Telur
Lada sulah
Lada hitam
garam

Sardin (asingkan sos)
bawang besar potong dadu
cili padi potong halis
perahan limau nipis
sedikit garam

serbuk oregano
Italian herbs

Cara-cara:
1) Pecahkan telur, masukkan lada sulah, lada hitam dan sedikit garam. pukul sebati
2) Dalam bekas yang lain, satukan sardin, bawang besar, cili padi, garam dan perahan limau. jika terlalu kering tambahkan sedikit sos sardin.
3) Roti dicelup dalam adunan telur, disusun kepingan pertama dalam bekas tahan bakar yang sudah di gris
4) Lapiskan dengan adunan sardin sehingga menutupi roti di lapisan pertama.
5) Ulang cara ke 3 & 4 hingga 3 lapisan roti.
6) Hiasi atasnya dengan serbuk oregano dan italian herbs
7) Bakar suhu 180 deg, 30 min. (ikut pada oven masing-masing)


Selamat Mencuba...

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS