WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Saturday, 17 April 2021

Ann vs Ant

Semut berkawad satu satu hoora hoore
Semut berkawad satu satu hoora hoore
Semut berkawad satu satu didi kutip gula batu
Dan semut berkawad pulang ke busut berjumpa ratu semut


Dah sinonim nama ANN ni sejak dari belajar lagi. tapi lately macam nak tukar ejaan la.. ANT @ semut. Dulu pun kawan-kawan suka usik panggil semut kat kita. Dah tau dah, sebut SEMUT je mesti kita pandang. Macam perasan pulak. Eleh.. kita tau la.. ayat-ayat nak mengorat kita dulu kan.. Saja la tu nak buat kita rasa malu.. 

Ejaan je lain tapi bunyi masih sama. Tapi ada juga panggil bunyi lain.. jadi macam bunyi Aan pulak. Tak pa la teman-teman, yang penting bukan nama yang bukan-bukan. 

Memang laku keras nama ROHANA ni, dari sekolah rendah sampai la kerja ramai yang bernama ROHANA, bila panggi ANA semua pandang. Kau rasa?

Nak letak nama ANA, semua dah cop nama ana
Nak letak nama ANNE, pun semua dah berebut, ala-ala ejaan omputeh kan
Jangan tak tau, ROHA pun dah ada yang pegang nama tu
Agak-agak nak panggil ROH ke? aduyai.. meremang bulu roma pulak
Jadinya lekat la nama ANN. walau bunyi sama Anne, tapi at least bila wassaping kita boleh la bezakan ANNE & ANN kan.


Semut bergerak dalam kumpulan, berkerjasama, rajin berusaha, serangga yang lemah tapi kuat. Semut sentiasa melindungi antara satu sama lain. Walaupun buta tapi mereka tau arah nak diikuti. Kira macam terang hati jugak la kan semut ni. hehehe.. 



2 comments:

  1. Semut rajin. Mudahan-mudahan kita tambah rajin macam semut. :)

    ReplyDelete

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS