WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Saturday, 17 April 2021

Lembaran Baru

Lembaran baru di Ramadhan ke 5. Syukur alhamdulillah bertemu lagi di bulan mulia, marhaban ya Ramadhan. Seperti biasa la kita di musim wabak Covit-19 ni nak sambut meriah pun tak boleh. Patuhi SOP untuk kebaikan bersama. Jadinya kami satu keluarga buat terawih berjemaah di rumah je la. Syukur ya Allah. Disebalik musibah ada hikmahnya. 1000 rahmat buat kita boleh berjemaah bersama di rumah. Lebih selesa dan lebih selamat.


Al kesahnya nak cerita. Setelah banyak kali berfikir nak buat blog untuk busines AG dan Kangen. Banyaklah yang bermain di kepala ni. Fikir nama yang sesuai. Lepas tu fikir nak letak apa dalam blog tu. Kita ni bukan la mahir bab-bap nak post ke nak buat ayat ke kan. Sebenarnya rasa malas nak uruskan banyak-banyak blog pun ya juga. Kita pun bukan banyak follower. Masa pulak sangat mencemburui.

Akhirnya kita ambil keputusan MUKTAMAT!! buat masa ini. Kita hanya make over je blog kita ni jadi macam lebih official la sikit. tak la wall yang fancy dan warna-warni. Putih lebih suci. Lepas tu kita tukar Title dan Blog address. 

Semua dalam satu blog je. Kita rasa lebih dekat dengan semua. Kita jalani kehidupan harian dengan diary yang tertulis dan urusan perniagaan dengan infomasi yang dikongsi bersama. One stop center. Itu lebih baik buat kita yang bukan full time dalam blog.

        Blog address baru kita: antioxidants-hunter.blogspot.com
        Dulu kita guna address: desweet79.blogspot.com

Kenapa Antioxidants Hunter? 
     Sebab kita ni memang memburu antioxidant. Kita memang suka dengan antioxidant. Makanan, minuman hatta barang make up pun kita memang suka yang antioxidant. Bagus sangat tau. Nanti kita buka topik antioxidant untuk pengetahuan dan rujukan.

Baru siap sikit make over blog kita. Kita semadikan semuanya di sini. Mudah juga bila kita nak merujuk perkara-perkara yang kita lupa. Simpan sini elok-elok.


Akhir kalam, selamat menunaikan ibadah puasa buat semua umat islam. Kita doakan yang membaca dan komen blog kita ni beroleh kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki dan nikmat Allah yang melimpah ruah serta sentiasa dilindungi dan mendapat keredhaan Allah.. 
Aamiin ya Allah.



No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS