WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 7 March 2016

Ukuran Asas Acuan & Papan Kek


꧁﷽꧂

Perghh... lama tak bersiaran... Oven DeSweet pun lama tak berasap.. rindu ngan bauan haruman kek dan biskut.. urusan kerja yang tak habis-habis.. alhamdulillah "big project lemongrass" dah siap.. hmmppp boleh la merancang untuk membaking pulak... lalalala.. jadual kelas pun mula booking... harap segala impian dan harapan menjadi kenyataan.. kena mula balik ni.. lama dah tertangguh...

Hari ni DeSweet nak berkongsi ukuran papan kek yang biasa kita guna.. ini untuk rujukan DeSweet juga.. kalau simpan kat handset pun boleh hilang.. meh letak kat sini.. boleh gak jadi panduan untuk kita bersama.


Berat Kek 2.0 kg 1.5 kg 1.0 kg 800 g 500 g
Ukuran Acuan 14'' x 14'' 12'' x 12'' 10'' x 10'' 8'' x 8'' 7'' x 7''
Ukuran Papan 15'' x 15'' 13'' x 13'' 11'' x 11'' 9'' x 9'' 8'' x 8''
Ukuran Kotak 15'' x 15'' 13'' x 13'' 11'' x 11'' 9'' x 9'' 8'' x 8''

Ini adalah panduan asas untuk kita nak agak-agak besar mana acuan kek dan besar mana papan pelapik kek.. tapi DeSweet lebihkan 1" untuk kiri kanan pelapik.. contoh utk kek 1 kg, DeSweet letak papan 12".. sebab bila dah melepa kek.. dah deko kek.. ada terlebih.. nak nya kalau Red Velvet Cheese deko rose.. untuk langkah keselamatan nak packing dalam kotak dan delivery.. ada ruang antara kek dan kotak.. kalau tak nanti icing kena kat kek... hancus..
Walaubagaimana pun terpulang lah pada anda.. nak bajet ke.. nak memuaskan hati ke.. hanya anda yang tau hasil kerja anda.. muahhhhh.. harap dapat membantu...





Friday, 12 February 2016

KTM Fondant Cake






Terima kasih pada Izzah atas kepercayaan menempah kek fondant ini untuk suami tersayang.. 


RESEPI Puding Jagung

Resepi kali ni DeSweet nak kongsi bersama resepi pencuci mulut. Atas permintaan.... teringin sangat rasanya nak makan dadih jagung asalnya. Nak makan lepas dinner.. psstt.. bisik sikit.. perut selalu lapar tengah-tenagh malam.. tapi nak diet katanya.. 

Beralih citarasa sikit. Panna Cotta konon nya.. Bahan-bahan pun dah ada. Sambil menghabiskan stock lama.. ehhemmm belum tamat tarikh luput lagi oke.. hehe..

Jom kita cuba buat puding susu sos jagung manis.. Sangat mudah nak buat.. tak payah banyak keje.. tak banyak bekas nak kena basuh.. tu yang penting...


Bahan-bahan puding:

390 ml Whipping Cream
390 ml Susu cair
115 gm Gula halus
8 gm serbuk gelatin
40 ml air
Asen vanila

Bahan-bahan sos:
1/2 tin cream sweet corn (sejukkan)

Cara-cara penyediaan puding:
  1. Larutkan serbuk gelatin dengan air.
  2. Panaskan whipping cream, susu cair dan gula hingga larut.
  3. Tuang sedikit adunan susu yang telah dipanaskan tadi kedalam larutan gelatin. 
  4. Kacau larutan gelatin hingga sebati.
  5. Masukkan semua larutan gelatin perlahan-lahan dalam adunan susu dan asen vanila. Kacau sebati.
  6. Tutup api masakan dan tuang kedalam bekas.
  7. Dinginkan semalam.
  8. Apabila puding sudah keras, sudukan cram sweet corn diatasnya.
  9. Sedia untuk dimakan.
Yummy! Pencuci mulut yang sangat mudah. Cuba lah..




Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

Wednesday, 10 February 2016

Tempahan Chelsea CupCake




Kisah kejadian bulan Februari ni la.. Tempahan dari Ayu buat suaminya tersayang.. Taksub sangat dengan CHELSEA.. Dari bertunang sampai la kawen hadiah kek Chelsea kata kooo...

DeSweet menyahut cabaran demi CHELSEA.. Jangan kecam DeSweet lepas ni.. Tah kenapa la suka pulak ngan "The Blues, The Pensioners". Kalau tanya apa-apa lain pasal CHELSEA ni tak tau apa pun.. suka kasi panas ngan group study dulu..


Nama menda alah ni CUPCAKE sebab kek ni masak dalam cawan-cawan kertas. 
Keknya pula Kek Red Velvet. 
Topping atas Fondant. 

Siapa berminat boleh la hubungi DeSweet:
WhatsApp : 019-3969707
IG : DeSweet C.H
FB : DeSweet CH
FB Page : DeSweet Cake House

Harga berpatutan.. Kita runding sampai jadi. In Sya Allah sentiasa memenuhi kehendak pelanggan.
Yang baik, yang berjaya itu datang dari rahmat Allah, yang lemah dan serba kekurangan itu dari DeSweet.
Apa yang penting kita telah pun merancang dan berusaha.. Selebihnya kita berserah. Semoga Allah memberkati rancangan dan usaha kita.. Ammin

Assorted Fruity Cookies



Tempahan dibuka. Untuk Cookies pelbagai bentuk ni kena buat tempahan awal ya.. sekurang2 nya 2 minggu sebelum tarikh... Haaaa macam nampak mudahkan.. tapi perlu masa nak buat ni... hmmpppppp betul...


Menarikkan.. macam-macam boleh buat.. untuk hantaran.. untuk hadiah.. semua boleh...  


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 


Tuesday, 19 January 2016

RESEPI Lasagna Roti Sardin

Resepi ni sangat-sangat mudah.. hehehe.. ayattt kan... DeSweet mana nak buat keje susah.. semua yang mudah-mudah je.. masa itu emas beb... 

Kalau dah suntuk sangat masa nak masak boleh la cuba resepi ni.. bahan-bahan wajib ada dalam rumah is Sardine.. betul tak.. hahahhaha kalau roti tu ye la tak boleh simpan lama kan.. so kalau balik kije.. tengah drive.. pening nak masak apa.. jem teruk sangat.. lambat dah sampai umah ni.. pi la singgah kejap beli roti keping tu..

Nak makan roti keping gitu je cam tak best la.. tak nampak cam rajin ke dapur pulak kan... hahaha jadi pe lagi.. berlakon la kejap.. kasi kelentung kelentang bunyi sikit kat dapur.. walau masak resepi mudah cam ni... hahahhaha 

"Kelas ko Jah... masak Lasagna lagi koooooooo..." 
"rajinnnn ko Jah.... sempat lagi masak Lasagna tuuuuuuu.."

hahah apa lagi kembang la Jah tu kena puji.... wekkkkk

Susun semua bahan dan sedia untuk dibakar




Bahan-bahan
Roti Keping
Telur
Lada sulah
Lada hitam
garam

Sardin (asingkan sos)
bawang besar potong dadu
cili padi potong halis
perahan limau nipis
sedikit garam

serbuk oregano
Italian herbs

Cara-cara:
1) Pecahkan telur, masukkan lada sulah, lada hitam dan sedikit garam. pukul sebati
2) Dalam bekas yang lain, satukan sardin, bawang besar, cili padi, garam dan perahan limau. jika terlalu kering tambahkan sedikit sos sardin.
3) Roti dicelup dalam adunan telur, disusun kepingan pertama dalam bekas tahan bakar yang sudah di gris
4) Lapiskan dengan adunan sardin sehingga menutupi roti di lapisan pertama.
5) Ulang cara ke 3 & 4 hingga 3 lapisan roti.
6) Hiasi atasnya dengan serbuk oregano dan italian herbs
7) Bakar suhu 180 deg, 30 min. (ikut pada oven masing-masing)


Selamat Mencuba...

Saturday, 16 January 2016

RESEPI Kaswi

Kaswi untuk jamuan petang

Nak share resepi Kaswi gandum. Resepi ni dapat dari member group wasap jugak.. sumber asal tak tau dari mana.. tapi rata-ratanya dalam FB, dalam BLOG lebih kurang je resepi ni.. even mak pun guna resepi yang sama.. jadi resepi ni cam umum la kot kan.. semua guna resepi yang hampir sama juga... dah cuba pun resepi ni.. hasil cam diatas.. sedang elok.. sedang molek.. mantul... sedap sangat.. DeSweet pun dah panjang kan Share pada kawan-kawan juga.. semoga diperluaskan rezeki bagi yang empunya resepi ini..

Bahan-bahan sirap:
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 gawan gula pasir
*masak semua bahan diatas dan sejukkan

Bahan-bahan lain:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 tbs kapur kuih

Hiasan:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara-cara:
1) Panaskan kukusan.
2) Ratakan sedikit minyak dalam loyang.
3) Satukan semua bahan diatas kedalam bekas kecuali bahan untuk hiasan
4) Gaul hingga sebati
5) Tapis bahan tadi kedalam loyang yang disapu minyak
6) Kukus 30 minit atau sehingga masak.
7) Hiasi Kasuwi dengan kelapa parut yang digauli garam.

TIPS:
* Tunggu sehingga Kasuwi sejuk barulah dipotong.
* Potong menggunakan pisau plastik


Selamat mencuba...


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 



Tuesday, 12 January 2016

RESEPI Puding Jagung Kastad


Sedia untuk di ngap... hehehe Potong bila dah sejuk ye
Semua dah tau kan.. Puding Jagung Kastad.. Buat pun sangat mudah.. tapi kena manja-manja buat ni.. kena selalu kacau.. tak leh nak tinggalkan lama-lama kat dia.. nnt dia mula meragam.. hehe.. nanti dia hangus.. bau dah tak seharum jagung tu lagi.. dah jadi hangit.. kikiki.. Jom tengok resepi dia..

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
3 cawan air
1 1/2 cwn susu cair / santan
3/4 cawan gula
1 1/2 cwn jagung manis dalam tin

Cara penyediaan:
1) Kacau bagi sebati semua bahan diatas dan masak atas dapur dengan api yang perlahan.
2) Bila adunan dah meletup-letup dan dah nampak likat berkilat baru padamkan api
3) Masukkan dalam acuan atau loyang.
4) Sejukkan baru dipotong dan dihidang.

Selamat menjamu selera....

Friday, 1 January 2016

Penafian - Kongsi Resepi





Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. 

Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. 

Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁




MEMBERS