WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 10 December 2021

NOXXA :: Cara Setting Masa


PERIUK LAMA

Tekan butang fungsi ikut masa yang dikehendaki dan tekan butang ON untuk mulakan masakan.

01 bermakna 1 minit.

Contoh HIGH PRESSURE 5 MINIT : Tekan HP sebanyak 5 kali untuk dapatkan 5 minit kemudian tekan butang ON.


PERIUK BARU

Tekan butang fungsi diikuti butang "+" untuk tambah masa atau butang "-" untuk kurangkan masa. Periuk akan mula memasak secara automatik selepas 4 saat.

01 bermakna 1 minit.

Contoh SOUP 5 MINIT : Tekan butang SOUP disusuli butang (-) untuk kurangkan masa sehingga angka 5 dipaparkan.


Singkatan Fungsi
HP = High pressure
LP = Low pressure


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

RESEPI :: Daging Bakar Harimau Menangis - NOXXA

Menu : Daging Bakar Harimau Menangis
Sumber : 99 Resepi Asas Pressure Coocker

Bahan-bahan
500 g    Daging
2. in      Halia - ditumbuk halus

Bahan-bahan perapan
1 sb      Sos lada hotam
2 sb      Sos tiram
2 ulas   Bawang putih - dikisar
Secubit garam

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan ke dalam inner pot. Tutup periuk.
  2. Tekan HP, setkan 20 minit. (Periuk Lama) atau tekan MEAT, setkan 20 minit (Periuk Baru)*.
  3. Tekan DELAY TIMER 1.0 dan ON (Periuk Lama). Periuk Baru auto ON**.
  4. Apabila periuk berbunyi beep, laras tombol kearah STEAM untuk lepaskan tekanan wap. Selepas bunyi berdesir berhenti, tekan CANCEL (Periuk Lama) atau OFF (Periuk Baru) dan buka dudung periuk dengan perlahan-lahan.
  5. Sedia untuk dihidang.
** DELAY TIME 1.0 untuk perap daging selama 1 jam.



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

Pemilihan Bisnes Yang Sesuai Mengikut Elemen Diri

Pemilihan Bisnes Yang Sesuai Mengikut Elemen Diri

Sudah kira nombor asas masing-masing ke? Bagi yang belum tahu lagi macam mana nak dapat nombor asas ni, boleh buka entry Ann yang sebelum ni.


Asas 1 & 6 : elemen logam
BISNES UNSUR
✅kayu (1st choice)
✅tanah (2nd choice)
✅logam(3rd choice)

Asas 2 & 7 : elemen air
BISNES UNSUR
✅API (1st choice)
✅LOGAM (2nd choice)
✅AIR (3rd choice)

Asas 3 & 8 : elemen API
BISNES UNSUR
✅ LOGAM(1st choice)
✅ TANAH (2nd choice)
✅ API (3rd choice)

Asas 4 & 9 : elemen KAYU
BISNES UNSUR
✅ TANAH (1st choice)
✅ AIR (2nd choice)
✅ KAYU (3rd choice)

Asas 5 : elemen TANAH
BISNES UNSUR
✅ AIR (1st choice)
✅ API (2nd choice)
✅ TANAH (3rd choice)

BISNES UNSUR
 🎯 ELEMEN LOGAM / BESI
🍭 CONTOH PEKERJAAN
- Peguam; pegawai bank; perunding kewangan; perunding amanah saham; perunding insurans / takaful; pemajak; pengawai kerajaan; pemburu; lawan pedang; tenaga kerja industri; mekanik; pegawai keselamatan, TNB; Pusat Sains dan Penyelidikan, PenguatKuasaan, Polis, Tentera
🍭 CONTOH PERNIAGAAN
- Bengkel, Jual HP, Kedai Emas/Perak, Jual Senjata, Sim Kad Aksesori Kereta/Gajet, Jam tangan, Alatan Sukan, Kedai Elektrik, Syarikat Bursa Saham, Barangan Logam, Perlombongan, Pengangkutan, Pengedar Automotif, Syarikat Kawalan Keselamatan.

🎯 ELEMEN TANAH
🍭 CONTOH PEKERJAAN
-Broker tanah; perunding perakaunan; kontraktor; broker; pembinaan; sekuriti; pekebun; peladang; pembuat pasu; penternak; pembajaan; penggali kubur 
🍭 CONTOH PERNIAGAAN
- Hartanah; pusat kewangan; jual pasu; kedai antik; pengkebumian; batu permata, sewaan; tanah kubur; agro; jual produk berasaskan tanah; agen garam aura; ternakan; tupperware

🎯 ELEMEN API
🍭 CONTOH PEKERJAAN
- Pentadbir pejabat, keagamaan, pelukis, pensyarah, profesor, penerbit, doktor, ahli farmasi, pegawai perhubungan
🍭 CONTOH PERNIAGAAN
- Makanan, restoran, berita, majalah, telekomunikasi, penerbangan, kargo, oil & gas, stesen janakuasa, bahan api, kosmetik, pelancongan, fesyen, pakaian, gedung serbanika

🎯 ELEMEN AIR
🍭 CONTOH PEKERJAAN
- Tenaga buruh, juru jual, anak kapal , pembantu rumah , ajensi , pengurut wang , artis , penari, pekerja bebas , peniaga gerai , ahli silap mata , penyampai berita , wartawan , posman , pemandu , nelayan , alhi matematik , ahli falsafah , diplomat 
🍭 CONTOH PERNIAGAAN
- berasaskan minuman atau air , ajensi pembantu rumah , ajensi insurans , ajensi perlancongan , pakaian renang , loji , janakuasa air , kafee , peniaga gerai , penapis air , internet , stesen tv , perkapalan, mandian garam aura , spa , waterpark , supplement , produk kesihatan , car wash


Thursday, 9 December 2021

Nombor Asas dan Elemen Diri



Ketahui Potensi Diri Berdasarkan Ilmu Menafsir Tarikh Lahir — Anda BESI, AIR, API, KAYU, atau TANAH?

Ia bukan perkara mistik atau tahyul, ia sekadar satu kebetulan yang menepati fitrah, setiap yang berlaku ada titik puncanya dan titik itulah yang harus kita perhalusi.

SEDARKAH kamu hakikat kehidupan kita sehari- hari sebenarnya banyak dipengaruhi dan dikelilingi oleh nombor? Malah, apabila tiba masanya kita pergi menemui Ilahi juga, perkara yang tercatat di batu nisan kita nanti juga adalah angka! – tarikh dilahirkan, tarikh dikembalikan dan usia kita saat itu. Jadi, tidak hairanlah apabila rata-rata masyarakat Cina amat mementingkan perihal nombor yang mereka percayai memberi impak besar dalam untung nasib kehidupan mereka.

Sebagai orang Islam, kita wajib mempercayai Qada dan Qadar yang ditetapkan oleh yang di atas sana. Pengiraan tarikh lahir yang ingin diunjurkan ini hanyalah salah satu daripada cabang ilmu psikologi menerusi pengiraan tarikh lahir. Objektif pengiraan ini tidak lebih daripada sekadar memberi informasi tentang personaliti seseorang untuk memantapkan lagi potensi diri dan sebagai salah satu medan membaiki kelemahan diri demi mencapai kejayaan hidup.

Sebelum mengulas lebih lanjut tentang personaliti diri menerusi angka, apa kata belajar dahulu bagaimana kaedah mengira tarikh lahir ini. Hanya terdapat sembilan personaliti yang ada di sini iaitu daripada personaliti satu hingga sembilan.

================================================================

CARA PENGIRAAN UNTUK MENDAPATKAN NOMBOR ASAS / ROOT NUMBER

 

Cara mudah jika untuk dapatkan no asas.

Jika tarikh lahir = 18 Disember 2004

18+12+20+04 = 18

1 + 8 = 9

9 = no asas

Keputusannya:

No asas anda ialah 9

 

Contoh lain:

 

Jika tarikh lahir = 21 Mac 2012

21 + 3 +2012 = 2027

2 + 0 + 2 + 7 = 11

1 + 1 = 2

Keputusannya:

No asas anda ialah 2


Guna kalkulator sahaja, kemudian kecilkan jawapan tu kepada angka tunggal.


Bagi anda yang lahir pada tahun 2000, tukarkan tahun anda ke 2005

Contoh

13.5.2000 tukarkan ke 13.5.2005

0 xde nilai. Jadi pasangan kepada 0 ialah 5

 

Klu perasan dr segi elemen nombor2 ni ada pasangannya

1 dan 6 elemen besi

2 dan 7 elemen air

3 dan 8 elemen api

4 dan 9 elemen kayu

5 elemen tanah

 

Pasangan bg 5 ialah 0


Selamat mencuba.

Monday, 6 December 2021

SPV vs SPM


Sebelum permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional 2022 ditutup pada 31 December 2021 sempat juga cari infomasi mengenai KV untuk anak yang kedua. Pertama sekali mengenai pendidikan yang di ajar di KV. Betullah kita sebagai ibu bapa pembelajaran akedemik ni terasa sangat penting sangat untuk anak-anak supaya mereka ni pandai dari segala hal. Membaca, mengira, pengetahuan sains dan sekarang wajib ada pengetahuan pasal sejarah. Tak ada ibu bapa yang nak anak-anak mereka mundur.

Berbalik kepada Kolej Vokasional. Ramai yang rasa Vokasional ni untuk pelajar mundur. Seingat dulu nama dia Sekolah Vokasional. Kemasukan pelajar disana adalah dari lepasan SRP yang syarat kelulusan yang minima. Itu yang ada dalam fikiran kita dulu. Up sikit Sekolah Teknik yang kelayakan dia pun up dari Sekolah Vakasional. 

Tidak ramai yang melihat pilihan aliran vokasional ini dalam konteks yang betul. Umumnya masih terdapat stigma pelajar lemah secara akademik atau nakal sahaja yang akan menyambung pengajian dalam aliran ini. Hal itu mungkin disebabkan sifat aliran vokasional yang lebih menjurus kepada kemahiran.

Selain itu secara umumnya masyarakat kita masih lagi melihat pengajian vokasional itu dalam kepompong Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM), sedangkan ia sudah lama dimansuhkan Kementerian Pendidikan (KPM). Kumpulan terakhir SPVM ialah pada tahun 1987.

Hari ini, sistem pendidikan vokasional negara sudah melalui beberapa perubahan dengan transformasi terkini menyaksikan ia dijenamakan sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional - TVET (technical and vocational education and training). Pelajar aliran ini menuntut di kolej vokasional (KV) selama dua tahun bagi peringkat SVM.

Setelah itu, mereka akan menyambung pengajian selama dua tahun enam bulan di peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Kerangka baru TVET ini sudah pun dilaksanakan sepenuhnya mulai 2013 di seluruh negara.

Penjenamaan semula pendidikan vokasional menyaksikan ia tidak lagi menggunakan sistem penggal persekolahan tetapi menggunakan sistem semester. Perubahan itu juga membolehkan pelajar ditaksir dan dinilai secara berterusan dari awal semester sehingga akhir. Pentaksiran SVM di KV terdiri daripada penilaian berterusan dan penilaian akhir.

Dalam kaedah penilaian berterusan pembahagiannya adalah 30 peratus komponen akademik dan 70 peratus vokasional manakala, bagi penilaian akhir pula membabitkan 70 peratus akademik dan 30 peratus vokasional.

Kaedah ini membolehkan SVM setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apatah lagi mereka turut menduduki kertas akademik yang diambil pelajar Tingkatan Lima di sekolah lain seperti kertas Bahasa Melayu dan Sejarah.


Pernah dulu masa sekolah ikut rombongan sekolah ke sekolah Vokasional & Teknik. Terasa bangga sangat melihat abang dan kakak yang berusia tingkatan 4 dan 5 sudah ada pendedahan kemahiran dan teknikal. Sememangnya semangat selepas rombongan tu berazam nak masuk sana juga. Tapi tak banyak pendedahan kerjaya dan tiada dorongan. Lepas SRP (otai masih berbisa tau - zaman SRP ni) Ann ada memohon masuk ke sekolah teknik. Kursus keusahawanan. tapi gagal. Duduk la kat sekolah lama aliran Perakaunan sampai ambil SPM. Lepas SPM masuk IKM bidang Lukisan Kejuruteraan Mekanikal dan terus sambung ke UiTM, Kursus Kejuruteraan Mekanikal selepas tu. Sekarang berkerja dalam engineering department. Terasa rugi 2 tahun di tingkatan 4 dan 5 aliran perakaunan tapi tak berkerja pun dalam bidang tu. Jika dapat diulang semula, nak memohon bidang teknikal terus. Jimat 2 tahun dah ada sijil bila habis tingkatan 5. 

Sekarang bila berkerja. Bila dibandingkan pekerja aliran pendidikan dan aliran kemahiran memang jauh sangat beza. Susah rupanya nak latih mereka dari aliran penuh pendidikan berbanding yang mempunyai kemahiran. Sejujurnya, Ann akan memilih calon yang dari aliran kemahiran berbanding pendidikan. Mereka ni kita campaklah kat mana pun dan kerja apa sekali pun, mereka kreatif menyelesaikan masalah dan sangat berdikari. Kalau nak sembang pasal pengalaman memilih calon ni memang panjang. pm tepi je la ye.

Bila kita dah ada anak ni, bilamana anak pula yang akan melayari kehidupan. Kita hanya mampu memberi sokongan, pandangan dan lihat apa kecenderungan mereka. Kolej Vokasional bukan macam Sekolah Vokasional dulu. Sekarang banyak peluang perkerjaan yang memerlukan kemahiran dan teknikal. Paling tidak pun bila tamat tingkatan 5, pelajar sudah di ajar kemahiran dalam bidang yang diduduki. Dengan itu, sebelum memohon bidang kursus yang dipohon, fikir dulu masa depan. 

    Nak jadi apa? 
    Nak kerja apa? 
    Nak berniaga apa? 

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Dulu tak nampak masa depan. Yang kita tahu nak gaji besar kena jadi Doktor, Lawyer, Engineer, akauntan paling tidak pun kerja dengan kerajaan jadi Cikgu sebab ada pencen. Dah serupa dalam filem Ibu Mertuaku. Ahli muzik tak glamer seperti sekarang. Dulu-dulu kerja sendiri, jadi makanik pun tak pandang. Kedai makan pun hanya warung kecil tak macam sekarang yang boleh jadi jutawan juga walau hanya buka kedai makan. Kawan Ann ada kemahiran dalam bidang beautician, dah 2 cawangan salon dia buka. Kerja sendiri jadi boss. Belum lagi yang buka kedai kek, roti dan pastri. Ada yang buka kadai buat baju @ tailor. Jangan tak tau ada yang dah jadi kontraktor berjaya. Asal dari sekolah kemahiran je.

Dulu kita belum celik dengan kemahiran. Kawan yang kita rasa mundur dulu, sekarang dah berjaya jadi tokeh. Kawan yang berjaya sangat kita rasa dulu, ada je yang tak berkerja bidang yang dia belajar. Ada berhenti kerja, join program keusahawanan, buka kedai. Kenapa tak awal-awal dulu belajar kemahiran kalau rasa nak jadi usahawan?

.

Apa kelebihan SVM ?

1. Kemampuan masuk ke pasaran kerja atau lanjutkan pengajian

Sering diperkatakan oleh umum apakah kelebihan dan kekurangan SVM berbanding SPM. Hal ini ada kalanya membuatkan kita gagal melihat kepada keberhasilan, kemenjadian pelajar dan proses artikulasi dalam membina kerjaya. SVM menjurus kepada keberhasilan pelajar dalam bidang teknologi dan mempersiapkan pelajar melangkah ke alam pekerjaan mengikut bidang masing-masing. Lepasan SVM juga jika memenuhi syarat akan menyambung pengajian peringkat diploma di KV. Peluang berbuat demikian terbuka luas kerana diploma vokasional ini memang laluan yang dicipta untuk mereka dan tiada persaingan daripada lepasan SPM.

Diploma ini juga termasuk dalam kerangka TVET KPM yang menetapkan sasaran kebolehpasaran graduan adalah 70 peratus sebagai tenaga kerja, 20 peratus menyambung pengajian dan 10 peratus sebagai usahawan. Sehubungan itu, bagi lepasan SVM mereka mempunyai pilihan sama ada untuk mula bekerja atau meneruskan pembelajaran.

2. Keusahawanan sebagai nilai tambah

Kerangka kurikulum KV ini juga menjadikan keusahawanan sebagai salah satu nilai tambah lepasan SVM. Pelajar didedahkan dengan kemahiran perniagaan dan keusahawanan dengan kerjasama erat antara agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Agensi berkenaan memberi bimbingan sejak peringkat awal malah terdapat pelajar yang mula membina perniagaan kecil-kecilan semasa masih belajar di KV. Ramai lepasan KV kini sudah membina perniagaan dan berupaya mencipta peluang pekerjaan dalam dalam komuniti.

3. Tenaga mahir industri

SVM juga secara lebih jelas menjurus kepada keberhasilan dalam bidang teknologi dan modal insan yang mampu terus berada dalam bidang pekerjaan mengikut industri yang mereka pelajari sebaik tamat pengajian. Oleh itu semestinya pelajar yang mempunyai minat dan kecenderungan kepada 'hand on' paling sesuai menggunakan laluan SVM demi masa depan mereka.

Hentikan stigma pelajar lemah akademik atau pelajar nakal untuk aliran TVET kerana bidang ini juga memerlukan kebijaksanaan dalam berfikir dan semangat juang yang kental. Sekiranya ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka untuk membina kerjaya dalam industri maka memilih KV adalah pilihan yang tepat.

Timbalan Pengerusi Persatuan Guru-Guru Vokasional dan Teknik Malaysia




Friday, 3 December 2021

Survey Kolej Vokasional


Alkesah lepas hubby jumpa kawan dia di Putrajaya, sengaja ajak jalan-jalan survey Kolej Vokasional untuk permohonan Kakak. Dari Putrajaya kita pergi ke KV Sepang, lepastu balik ikut Banting boleh nampak KV Banting pula. Semua ikut. Terutama Kakak. Nak bagi semangat kat Kakak nak lanjutkan pelajaran. Ceh gitew.

Sambil tunggu My Dear berborak ngan member dia, kita sempat la meng Google cari infomasi pasal KV. Nampak macam mama yang exited lebihkan? Bukan, Kita tolong cari info jew 🤣

Sini ada sedikit perkongsian maklumat bagi yang berminat ke Kolej Vokasional.



PERSOALAN SERING DITANYA (FREQUENTLY ASK QUESTION)

1. Bagaimanakah cara memohon kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT)? 
Permohonan kemasukan ke KV/SMT boleh dibuat secara online melalui laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my 

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia? 
Berikut merupakan program yang ditawarkan : 
     i. Program Kolej Vokasional * 
    ii. Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik 
   iii. Program Kemahiran / Apprenticeship di Kolej Vokasional 
 *Rujuk kepada program yang ditawarkan di Kolej Vokasional 

3. Apakah perbezaan bagi setiap program yang ditawarkan? 
Perbezaan bagi setiap program dinyatakan dalam info kemasukan ke KV/SMT 

4. Adakah calon yang bersekolah di bawah kelolaan Yayasan Negeri/Swasta boleh memohon? 
Tidak, syarat umum kemasukan murid ialah calon mestilah murid Tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM. 

5. Di manakah lokasi KV/SMT? 
Lokasi KV/SMT boleh dirujuk dalam info kemasukan ke KV/SMT 

6. Apakah bidang dan program/kursus yang ditawarkan? 
Bidang dan program/kursus yang ditawarkan boleh disemak dalam info kemasukan ke KV/SMT 

7. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan? 
Syarat umum dan khusus boleh dirujuk dalam info kemasukan ke KV/SMT 

8. Adakah calon lepasan Tingkatan 3 tahun 2019 boleh memohon untuk mengikuti pengajian di KV/SMT bagi sesi Ambilan 2021? 
Tidak. Permohonan kemasukan ke KV/SMT bagi Ambilan Januari 2021 terbuka kepada murid Tingkatan 3 Tahun 2020 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM dan menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  

9. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ke KV/SMT? 
    Calon boleh menyemak tarikh dan waktu pendaftaran kemasukan ke KV/SMT dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my 
     Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. *tertakluk kepada perubahan semasa 

10. Pada tahun 2019, abang saya telah memohon kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2020 dan tidak perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Mengapakah bagi ambilan 2021, calon yang memohon kemasukan ke KV/SMT perlu menduduki PKSK? 
 Terdapat perubahan syarat umum bagi kemasukan murid ke KV/SMT bagi ambilan 2021 iaitu calon mestilah menduduki PKSK. 
 PKSK merupakan satu bentuk ujian yang merangkumi beberapa aspek penilaian kendiri murid sebelum dipertimbangkan kemasukan ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), SMT dan KV. 

11. Saya tidak memohon secara online, adakah saya boleh membuat rayuan ke manamana KV/SMT? 
Tidak, hanya calon yang memohon secara online dan menduduki PKSK layak untuk dipertimbangkan kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2021. 

12. Saya telah memohon secara online tetapi terlepas tarikh untuk menduduki PKSK, adakah saya layak dipertimbangkan untuk ditawarkan ke KV/SMT? 
Salah satu syarat umum kemasukan murid ke KV/SMT ialah calon mestilah menduduki PKSK. Sehubungan dengan itu, hanya calon yang menduduki PKSK layak dipertimbangkan kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2021. 

13. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya tidak berjaya ditawarkan? 
Calon boleh menggunakan aplikasi e-rayuan sekiranya tidak berjaya ditawarkan kemasukan ke KV/SMT. Calon tidak perlu membuat rayuan terus ke KV/SMT 

14. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan? Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kemasukan di lama sesawang KPM , http://www.moe.gov.my 

15. Bolehkah saya menukarkan KV/SMT pilihan lain / kursus lain/ program lain sepanjang tempoh permohonan online walaupun telah menghantar borang secara online? 
Ya, calon boleh mengemaskini borang permohonan online pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Data terakhir kemaskini semasa sistem ditutup akan diambil kira dan dipertimbangkan untuk sesi saringan kemasukan ke KV/SMT. 

16. Adakah saya akan ditawarkan ke KV/SMT dan program/kursus selain yang dipohon? 
Ya, pihak KPM berhak untuk menempatkan calon di mana-mana KV/SMT dan program/kursus selain yang dimohon oleh calon. Keputusan adalah muktamad. 

17. Semasa semakan, saya ditawarkan ke Kolej Vokasional A tetapi tidak membuat permohonan ke Kolej Vokasional A. Adakah saya boleh menolak tawaran dan membuat rayuan ke Kolej Vokasional B?
Tidak. Calon yang telah ditawarkan ke KV/SMT tidak akan dipertimbangkan untuk membuat rayuan ke KV/SMT lain. Keputusan adalah muktamad. 

18. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berjaya ditawarkan? 
Calon yang berjaya ditawarkan hendaklah: 
 Memuat turun surat tawaran dan buku tawaran kemasukan KV/SMT 
 Membuat pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik awam/swasta yang berhampiran 
 Melengkapkan lampiran yang dikepilkan dan menyerahkan dokumen kepada pihak pengurusan pada hari pendaftaran kemasukan di KV/SMT 

19. Adakah pertukaran KV/SMT boleh dilakukan? 
Keputusan permohonan adalah muktamad. Sebarang pertukaran tempat tawaran tidak dibenarkan. 

20. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan? 
 Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my 
 Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. 
*tertakluk kepada perubahan semasa 

21. Sekiranya saya terlepas melaksanakan proses semakan tawaran secara online, bagaimanakah saya ingin mengetahui status terkini penawaran sama ada berjaya atau tidak? 
 Tiada semakan boleh dibuat sekiranya calon terlepas tarikh semakan secara online. Calon disarankan untuk memuat turun tarikh penting untuk makluman bagi mengelakkan terlepas semakan tawaran kemasukan ke KV/SMT. 

22. Saya berminat untuk mengikuti pengajian di Kolej Vokasional A kerana berhampiran dengan rumah. Walau bagaimanapun, program Z tidak ditawarkan di Kolej Vokasional A. Apakah pilihan yang perlu dibuat dalam sistem permohonan online? 
Penawaran program / kursus di KV / SMT bergantung kepada unjuran yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, calon hendaklah memilih kursus / program yang ditawarkan di kolej vokasional berdasarkan minat dan bukan hanya lokasi yang berhampiran dengan rumah. 

23. Bagaimakah saya ingin mengenalpasti keupayaan diri sama ada layak dipertimbangkan ke KV atau SMT? 
Calon dimohon untuk merujuk kepada kaunselor dan guru kelas bagi membantu mengenalpasti potensi diri. 

24. Adakah asrama disediakan untuk calon di KV/SMT? 
Ya tetapi bergantung kepada lokaliti dan kapasiti asrama di KV/SMT masing-masing

Wednesday, 1 December 2021

Kolej Vokasional

Terjaga ku dari tidur yang lena bila bff tanya pasal permohonan anak ke tingkatan 4. Ohh yaa. Pendemik yang panjang ni betul-betul memadamkan memori aku lah. Tak tau sebenarnya apa yang nak buat. Tak ada perancangan langsung. Bukan kita nak aturkan arah tuju anak-anak. Bukan kita nak memaksa mereka jadi apa yang kita nak. Tapi lebih kepada berbincang apa yang mereka mahukan. Kita hanya mendorong cita-cita mereka. Kitalah yang tukang google cari maklumat mereka. Kita lah juga yang jadi pembaca berita untuk pengetahuan mereka. Anak oh anak.

Si Abang pandai aturkan kemahuan dia. Ingat dulu masa dia di tingkatan 4 & 5, selalu tanya cita-cita dia. Kadang-kadang mengarut je cita-cita dia. Kita layan je macam bersembang dengan kawan. Akhirnya dia jumpa. Cita-cita dia nak jadi Pegawai Tentera dan Doktor. Alhamdulillah rezeki yang Allah aturkan, Si Abang masuk UPNM, Kursus Perubatan. Allah mendengar doamu anak.

Kini tiba giliran Si Kakak. Tahun depan tingkatan 4. Harap belum terlambat untuk berbincang cita-cita kakak. Kakak ni jenis tak banyak bantahan. Kalau membantah pun dia mendengar kata. Cabaran pulak buat kita ni. Dia ikut apa terbaik keputusan kita. Jadinya kita pulalah yang kena mencari apa yang sesuai. Sekali lagi keputusan di tangan mama & papa. Takut tersalah pilih buat anak-anak ni.

Nak kata akedemik kurang, taklah sangat-sangat kakak ni. Tapi tak jugalah sangat cemerlang. Bukan perlekehkan anak, tapi kita ni banyak berfikir masa depan dia. Kita tahu tahap kemampuan dan pelajaran anak-anak. Dia nak kerja makan gaji kah? Apa kemahiran yang dia ada? Setakat minat tapi tak ada ilmu pun tak kemana. Kemana pula hala tuju dia bila lepas SPM nanti. Bukan tak yakin, tapi ramai sangat yang menganggur sekarang ni. Tak perlulah kita ulas panjang semua tu.

Pendekkan cerita, bincang dengan Kakak, apa kata kita buka kedai makan atau cafe. Planning ni memang lama dah mama ngan papa rancang. Kalau dah sampai umur pencen, tak kan nak duduk saja. Pencen swasta bukan tiap bulan masyuk. Mesti merancang dari awal. Kakak pelapis kami. 5 tahun dari sekarang, masa yang sesuai untuk kakak menimba ilmu. Kakak setuju. Bersinar mata dia, agaknya dah terbayang jadi tokeh cafe gamaknya.

Akhirnya kami memilih untuk memohon Kolej Vokasional buat Kakak. Doakan Kakak berjaya dalam permohonan ke KV, Kursus Seni Kulinari ni. Mohon doakan semoga dimudahkan segala urusan, semoga Allah lindungi kakak walau dimana berada. #ChefElly





MEMBERS