Terjaga ku dari tidur yang lena bila bff tanya pasal permohonan anak ke tingkatan 4. Ohh yaa. Pendemik yang panjang ni betul-betul memadamkan memori aku lah. Tak tau sebenarnya apa yang nak buat. Tak ada perancangan langsung. Bukan kita nak aturkan arah tuju anak-anak. Bukan kita nak memaksa mereka jadi apa yang kita nak. Tapi lebih kepada berbincang apa yang mereka mahukan. Kita hanya mendorong cita-cita mereka. Kitalah yang tukang google cari maklumat mereka. Kita lah juga yang jadi pembaca berita untuk pengetahuan mereka. Anak oh anak.
Si Abang pandai aturkan kemahuan dia. Ingat dulu masa dia di tingkatan 4 & 5, selalu tanya cita-cita dia. Kadang-kadang mengarut je cita-cita dia. Kita layan je macam bersembang dengan kawan. Akhirnya dia jumpa. Cita-cita dia nak jadi Pegawai Tentera dan Doktor. Alhamdulillah rezeki yang Allah aturkan, Si Abang masuk UPNM, Kursus Perubatan. Allah mendengar doamu anak.
Kini tiba giliran Si Kakak. Tahun depan tingkatan 4. Harap belum terlambat untuk berbincang cita-cita kakak. Kakak ni jenis tak banyak bantahan. Kalau membantah pun dia mendengar kata. Cabaran pulak buat kita ni. Dia ikut apa terbaik keputusan kita. Jadinya kita pulalah yang kena mencari apa yang sesuai. Sekali lagi keputusan di tangan mama & papa. Takut tersalah pilih buat anak-anak ni.
Nak kata akedemik kurang, taklah sangat-sangat kakak ni. Tapi tak jugalah sangat cemerlang. Bukan perlekehkan anak, tapi kita ni banyak berfikir masa depan dia. Kita tahu tahap kemampuan dan pelajaran anak-anak. Dia nak kerja makan gaji kah? Apa kemahiran yang dia ada? Setakat minat tapi tak ada ilmu pun tak kemana. Kemana pula hala tuju dia bila lepas SPM nanti. Bukan tak yakin, tapi ramai sangat yang menganggur sekarang ni. Tak perlulah kita ulas panjang semua tu.
Pendekkan cerita, bincang dengan Kakak, apa kata kita buka kedai makan atau cafe. Planning ni memang lama dah mama ngan papa rancang. Kalau dah sampai umur pencen, tak kan nak duduk saja. Pencen swasta bukan tiap bulan masyuk. Mesti merancang dari awal. Kakak pelapis kami. 5 tahun dari sekarang, masa yang sesuai untuk kakak menimba ilmu. Kakak setuju. Bersinar mata dia, agaknya dah terbayang jadi tokeh cafe gamaknya.
Akhirnya kami memilih untuk memohon Kolej Vokasional buat Kakak. Doakan Kakak berjaya dalam permohonan ke KV, Kursus Seni Kulinari ni. Mohon doakan semoga dimudahkan segala urusan, semoga Allah lindungi kakak walau dimana berada. #ChefElly
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger