WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 6 December 2021

SPV vs SPM


Sebelum permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional 2022 ditutup pada 31 December 2021 sempat juga cari infomasi mengenai KV untuk anak yang kedua. Pertama sekali mengenai pendidikan yang di ajar di KV. Betullah kita sebagai ibu bapa pembelajaran akedemik ni terasa sangat penting sangat untuk anak-anak supaya mereka ni pandai dari segala hal. Membaca, mengira, pengetahuan sains dan sekarang wajib ada pengetahuan pasal sejarah. Tak ada ibu bapa yang nak anak-anak mereka mundur.

Berbalik kepada Kolej Vokasional. Ramai yang rasa Vokasional ni untuk pelajar mundur. Seingat dulu nama dia Sekolah Vokasional. Kemasukan pelajar disana adalah dari lepasan SRP yang syarat kelulusan yang minima. Itu yang ada dalam fikiran kita dulu. Up sikit Sekolah Teknik yang kelayakan dia pun up dari Sekolah Vakasional. 

Tidak ramai yang melihat pilihan aliran vokasional ini dalam konteks yang betul. Umumnya masih terdapat stigma pelajar lemah secara akademik atau nakal sahaja yang akan menyambung pengajian dalam aliran ini. Hal itu mungkin disebabkan sifat aliran vokasional yang lebih menjurus kepada kemahiran.

Selain itu secara umumnya masyarakat kita masih lagi melihat pengajian vokasional itu dalam kepompong Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM), sedangkan ia sudah lama dimansuhkan Kementerian Pendidikan (KPM). Kumpulan terakhir SPVM ialah pada tahun 1987.

Hari ini, sistem pendidikan vokasional negara sudah melalui beberapa perubahan dengan transformasi terkini menyaksikan ia dijenamakan sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional - TVET (technical and vocational education and training). Pelajar aliran ini menuntut di kolej vokasional (KV) selama dua tahun bagi peringkat SVM.

Setelah itu, mereka akan menyambung pengajian selama dua tahun enam bulan di peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Kerangka baru TVET ini sudah pun dilaksanakan sepenuhnya mulai 2013 di seluruh negara.

Penjenamaan semula pendidikan vokasional menyaksikan ia tidak lagi menggunakan sistem penggal persekolahan tetapi menggunakan sistem semester. Perubahan itu juga membolehkan pelajar ditaksir dan dinilai secara berterusan dari awal semester sehingga akhir. Pentaksiran SVM di KV terdiri daripada penilaian berterusan dan penilaian akhir.

Dalam kaedah penilaian berterusan pembahagiannya adalah 30 peratus komponen akademik dan 70 peratus vokasional manakala, bagi penilaian akhir pula membabitkan 70 peratus akademik dan 30 peratus vokasional.

Kaedah ini membolehkan SVM setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), apatah lagi mereka turut menduduki kertas akademik yang diambil pelajar Tingkatan Lima di sekolah lain seperti kertas Bahasa Melayu dan Sejarah.


Pernah dulu masa sekolah ikut rombongan sekolah ke sekolah Vokasional & Teknik. Terasa bangga sangat melihat abang dan kakak yang berusia tingkatan 4 dan 5 sudah ada pendedahan kemahiran dan teknikal. Sememangnya semangat selepas rombongan tu berazam nak masuk sana juga. Tapi tak banyak pendedahan kerjaya dan tiada dorongan. Lepas SRP (otai masih berbisa tau - zaman SRP ni) Ann ada memohon masuk ke sekolah teknik. Kursus keusahawanan. tapi gagal. Duduk la kat sekolah lama aliran Perakaunan sampai ambil SPM. Lepas SPM masuk IKM bidang Lukisan Kejuruteraan Mekanikal dan terus sambung ke UiTM, Kursus Kejuruteraan Mekanikal selepas tu. Sekarang berkerja dalam engineering department. Terasa rugi 2 tahun di tingkatan 4 dan 5 aliran perakaunan tapi tak berkerja pun dalam bidang tu. Jika dapat diulang semula, nak memohon bidang teknikal terus. Jimat 2 tahun dah ada sijil bila habis tingkatan 5. 

Sekarang bila berkerja. Bila dibandingkan pekerja aliran pendidikan dan aliran kemahiran memang jauh sangat beza. Susah rupanya nak latih mereka dari aliran penuh pendidikan berbanding yang mempunyai kemahiran. Sejujurnya, Ann akan memilih calon yang dari aliran kemahiran berbanding pendidikan. Mereka ni kita campaklah kat mana pun dan kerja apa sekali pun, mereka kreatif menyelesaikan masalah dan sangat berdikari. Kalau nak sembang pasal pengalaman memilih calon ni memang panjang. pm tepi je la ye.

Bila kita dah ada anak ni, bilamana anak pula yang akan melayari kehidupan. Kita hanya mampu memberi sokongan, pandangan dan lihat apa kecenderungan mereka. Kolej Vokasional bukan macam Sekolah Vokasional dulu. Sekarang banyak peluang perkerjaan yang memerlukan kemahiran dan teknikal. Paling tidak pun bila tamat tingkatan 5, pelajar sudah di ajar kemahiran dalam bidang yang diduduki. Dengan itu, sebelum memohon bidang kursus yang dipohon, fikir dulu masa depan. 

    Nak jadi apa? 
    Nak kerja apa? 
    Nak berniaga apa? 

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Dulu tak nampak masa depan. Yang kita tahu nak gaji besar kena jadi Doktor, Lawyer, Engineer, akauntan paling tidak pun kerja dengan kerajaan jadi Cikgu sebab ada pencen. Dah serupa dalam filem Ibu Mertuaku. Ahli muzik tak glamer seperti sekarang. Dulu-dulu kerja sendiri, jadi makanik pun tak pandang. Kedai makan pun hanya warung kecil tak macam sekarang yang boleh jadi jutawan juga walau hanya buka kedai makan. Kawan Ann ada kemahiran dalam bidang beautician, dah 2 cawangan salon dia buka. Kerja sendiri jadi boss. Belum lagi yang buka kedai kek, roti dan pastri. Ada yang buka kadai buat baju @ tailor. Jangan tak tau ada yang dah jadi kontraktor berjaya. Asal dari sekolah kemahiran je.

Dulu kita belum celik dengan kemahiran. Kawan yang kita rasa mundur dulu, sekarang dah berjaya jadi tokeh. Kawan yang berjaya sangat kita rasa dulu, ada je yang tak berkerja bidang yang dia belajar. Ada berhenti kerja, join program keusahawanan, buka kedai. Kenapa tak awal-awal dulu belajar kemahiran kalau rasa nak jadi usahawan?

.

Apa kelebihan SVM ?

1. Kemampuan masuk ke pasaran kerja atau lanjutkan pengajian

Sering diperkatakan oleh umum apakah kelebihan dan kekurangan SVM berbanding SPM. Hal ini ada kalanya membuatkan kita gagal melihat kepada keberhasilan, kemenjadian pelajar dan proses artikulasi dalam membina kerjaya. SVM menjurus kepada keberhasilan pelajar dalam bidang teknologi dan mempersiapkan pelajar melangkah ke alam pekerjaan mengikut bidang masing-masing. Lepasan SVM juga jika memenuhi syarat akan menyambung pengajian peringkat diploma di KV. Peluang berbuat demikian terbuka luas kerana diploma vokasional ini memang laluan yang dicipta untuk mereka dan tiada persaingan daripada lepasan SPM.

Diploma ini juga termasuk dalam kerangka TVET KPM yang menetapkan sasaran kebolehpasaran graduan adalah 70 peratus sebagai tenaga kerja, 20 peratus menyambung pengajian dan 10 peratus sebagai usahawan. Sehubungan itu, bagi lepasan SVM mereka mempunyai pilihan sama ada untuk mula bekerja atau meneruskan pembelajaran.

2. Keusahawanan sebagai nilai tambah

Kerangka kurikulum KV ini juga menjadikan keusahawanan sebagai salah satu nilai tambah lepasan SVM. Pelajar didedahkan dengan kemahiran perniagaan dan keusahawanan dengan kerjasama erat antara agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA). Agensi berkenaan memberi bimbingan sejak peringkat awal malah terdapat pelajar yang mula membina perniagaan kecil-kecilan semasa masih belajar di KV. Ramai lepasan KV kini sudah membina perniagaan dan berupaya mencipta peluang pekerjaan dalam dalam komuniti.

3. Tenaga mahir industri

SVM juga secara lebih jelas menjurus kepada keberhasilan dalam bidang teknologi dan modal insan yang mampu terus berada dalam bidang pekerjaan mengikut industri yang mereka pelajari sebaik tamat pengajian. Oleh itu semestinya pelajar yang mempunyai minat dan kecenderungan kepada 'hand on' paling sesuai menggunakan laluan SVM demi masa depan mereka.

Hentikan stigma pelajar lemah akademik atau pelajar nakal untuk aliran TVET kerana bidang ini juga memerlukan kebijaksanaan dalam berfikir dan semangat juang yang kental. Sekiranya ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka untuk membina kerjaya dalam industri maka memilih KV adalah pilihan yang tepat.

Timbalan Pengerusi Persatuan Guru-Guru Vokasional dan Teknik Malaysia




No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS