WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 3 December 2021

Survey Kolej Vokasional


Alkesah lepas hubby jumpa kawan dia di Putrajaya, sengaja ajak jalan-jalan survey Kolej Vokasional untuk permohonan Kakak. Dari Putrajaya kita pergi ke KV Sepang, lepastu balik ikut Banting boleh nampak KV Banting pula. Semua ikut. Terutama Kakak. Nak bagi semangat kat Kakak nak lanjutkan pelajaran. Ceh gitew.

Sambil tunggu My Dear berborak ngan member dia, kita sempat la meng Google cari infomasi pasal KV. Nampak macam mama yang exited lebihkan? Bukan, Kita tolong cari info jew 🤣

Sini ada sedikit perkongsian maklumat bagi yang berminat ke Kolej Vokasional.



PERSOALAN SERING DITANYA (FREQUENTLY ASK QUESTION)

1. Bagaimanakah cara memohon kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) / Sekolah Menengah Teknik (SMT)? 
Permohonan kemasukan ke KV/SMT boleh dibuat secara online melalui laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my 

2. Apakah jenis program yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia? 
Berikut merupakan program yang ditawarkan : 
     i. Program Kolej Vokasional * 
    ii. Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik 
   iii. Program Kemahiran / Apprenticeship di Kolej Vokasional 
 *Rujuk kepada program yang ditawarkan di Kolej Vokasional 

3. Apakah perbezaan bagi setiap program yang ditawarkan? 
Perbezaan bagi setiap program dinyatakan dalam info kemasukan ke KV/SMT 

4. Adakah calon yang bersekolah di bawah kelolaan Yayasan Negeri/Swasta boleh memohon? 
Tidak, syarat umum kemasukan murid ialah calon mestilah murid Tingkatan 3 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM. 

5. Di manakah lokasi KV/SMT? 
Lokasi KV/SMT boleh dirujuk dalam info kemasukan ke KV/SMT 

6. Apakah bidang dan program/kursus yang ditawarkan? 
Bidang dan program/kursus yang ditawarkan boleh disemak dalam info kemasukan ke KV/SMT 

7. Apakah syarat umum dan khusus yang ditetapkan? 
Syarat umum dan khusus boleh dirujuk dalam info kemasukan ke KV/SMT 

8. Adakah calon lepasan Tingkatan 3 tahun 2019 boleh memohon untuk mengikuti pengajian di KV/SMT bagi sesi Ambilan 2021? 
Tidak. Permohonan kemasukan ke KV/SMT bagi Ambilan Januari 2021 terbuka kepada murid Tingkatan 3 Tahun 2020 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan / Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM dan menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)  

9. Bilakah tarikh dan waktu pendaftaran ke KV/SMT? 
    Calon boleh menyemak tarikh dan waktu pendaftaran kemasukan ke KV/SMT dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my 
     Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. *tertakluk kepada perubahan semasa 

10. Pada tahun 2019, abang saya telah memohon kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2020 dan tidak perlu menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK). Mengapakah bagi ambilan 2021, calon yang memohon kemasukan ke KV/SMT perlu menduduki PKSK? 
 Terdapat perubahan syarat umum bagi kemasukan murid ke KV/SMT bagi ambilan 2021 iaitu calon mestilah menduduki PKSK. 
 PKSK merupakan satu bentuk ujian yang merangkumi beberapa aspek penilaian kendiri murid sebelum dipertimbangkan kemasukan ke sekolah khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Tentera DiRaja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), SMT dan KV. 

11. Saya tidak memohon secara online, adakah saya boleh membuat rayuan ke manamana KV/SMT? 
Tidak, hanya calon yang memohon secara online dan menduduki PKSK layak untuk dipertimbangkan kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2021. 

12. Saya telah memohon secara online tetapi terlepas tarikh untuk menduduki PKSK, adakah saya layak dipertimbangkan untuk ditawarkan ke KV/SMT? 
Salah satu syarat umum kemasukan murid ke KV/SMT ialah calon mestilah menduduki PKSK. Sehubungan dengan itu, hanya calon yang menduduki PKSK layak dipertimbangkan kemasukan ke KV/SMT bagi ambilan 2021. 

13. Adakah rayuan boleh dibuat sekiranya tidak berjaya ditawarkan? 
Calon boleh menggunakan aplikasi e-rayuan sekiranya tidak berjaya ditawarkan kemasukan ke KV/SMT. Calon tidak perlu membuat rayuan terus ke KV/SMT 

14. Bagaimana cara untuk mengetahui maklumat lanjut kursus yang ditawarkan? Maklumat lanjut berkaitan program tersebut boleh diperolehi dalam info kemasukan di lama sesawang KPM , http://www.moe.gov.my 

15. Bolehkah saya menukarkan KV/SMT pilihan lain / kursus lain/ program lain sepanjang tempoh permohonan online walaupun telah menghantar borang secara online? 
Ya, calon boleh mengemaskini borang permohonan online pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan. Data terakhir kemaskini semasa sistem ditutup akan diambil kira dan dipertimbangkan untuk sesi saringan kemasukan ke KV/SMT. 

16. Adakah saya akan ditawarkan ke KV/SMT dan program/kursus selain yang dipohon? 
Ya, pihak KPM berhak untuk menempatkan calon di mana-mana KV/SMT dan program/kursus selain yang dimohon oleh calon. Keputusan adalah muktamad. 

17. Semasa semakan, saya ditawarkan ke Kolej Vokasional A tetapi tidak membuat permohonan ke Kolej Vokasional A. Adakah saya boleh menolak tawaran dan membuat rayuan ke Kolej Vokasional B?
Tidak. Calon yang telah ditawarkan ke KV/SMT tidak akan dipertimbangkan untuk membuat rayuan ke KV/SMT lain. Keputusan adalah muktamad. 

18. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berjaya ditawarkan? 
Calon yang berjaya ditawarkan hendaklah: 
 Memuat turun surat tawaran dan buku tawaran kemasukan KV/SMT 
 Membuat pemeriksaan kesihatan di hospital/klinik awam/swasta yang berhampiran 
 Melengkapkan lampiran yang dikepilkan dan menyerahkan dokumen kepada pihak pengurusan pada hari pendaftaran kemasukan di KV/SMT 

19. Adakah pertukaran KV/SMT boleh dilakukan? 
Keputusan permohonan adalah muktamad. Sebarang pertukaran tempat tawaran tidak dibenarkan. 

20. Bagaimana cara untuk menyemak keputusan? 
 Calon boleh menyemak keputusan dalam laman sesawang KPM, di alamat http://www.moe.gov.my 
 Calon disarankan agar sentiasa melayari laman sesawang KPM bagi mendapatkan info terkini. 
*tertakluk kepada perubahan semasa 

21. Sekiranya saya terlepas melaksanakan proses semakan tawaran secara online, bagaimanakah saya ingin mengetahui status terkini penawaran sama ada berjaya atau tidak? 
 Tiada semakan boleh dibuat sekiranya calon terlepas tarikh semakan secara online. Calon disarankan untuk memuat turun tarikh penting untuk makluman bagi mengelakkan terlepas semakan tawaran kemasukan ke KV/SMT. 

22. Saya berminat untuk mengikuti pengajian di Kolej Vokasional A kerana berhampiran dengan rumah. Walau bagaimanapun, program Z tidak ditawarkan di Kolej Vokasional A. Apakah pilihan yang perlu dibuat dalam sistem permohonan online? 
Penawaran program / kursus di KV / SMT bergantung kepada unjuran yang telah ditetapkan. Sehubungan dengan itu, calon hendaklah memilih kursus / program yang ditawarkan di kolej vokasional berdasarkan minat dan bukan hanya lokasi yang berhampiran dengan rumah. 

23. Bagaimakah saya ingin mengenalpasti keupayaan diri sama ada layak dipertimbangkan ke KV atau SMT? 
Calon dimohon untuk merujuk kepada kaunselor dan guru kelas bagi membantu mengenalpasti potensi diri. 

24. Adakah asrama disediakan untuk calon di KV/SMT? 
Ya tetapi bergantung kepada lokaliti dan kapasiti asrama di KV/SMT masing-masing

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS