WEEKEND ORDER
PERNIAGAAN DeSweet Hut Worldwide
Thursday, 13 January 2022
Ayat Pelaris
Wednesday, 12 January 2022
Tersurat dan Tersirat
Tuesday, 11 January 2022
Berdua lebih baik kalau ngeteh dan ngopi
Monday, 10 January 2022
RESEPI :: Waffle
Bahan-bahan:
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 paket mauripan ( yis segera)
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Esen vanilla
2 cawan air
Jem kegemaran : mentega kacang/coklat/Nutella/bluberry jam
Cara memasak:
1.
Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan
baking powder. Gaul hingga sebati.
2.
Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati.
Lagi mudah jika adun guna blender.
3.
Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul.
(TIP
RASA: kalau berketul boleh tapis)
4.
Panaskan mesin waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.
5.
Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan
masak.
6. Buka penutup waffle untuk pastikan waffle sudah masak atau
tidak. Biar dalam 3-4 minit.
7. Bila waffle dah masak, angkat dan sapukan dengan jem,
mentega kacang, coklat atau Nutella. Boleh juga nikmati dengan krim putar serta
hirisan buah-buah. Terpulang pada citarasa.
8. Sedia untuk dinikmati.
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁
Sunday, 9 January 2022
Mengukir namamu di sana
Ku berharap meski berat kau tak merasa sendiri
Kau telah berjuang menaklukankan hari-hari mu yang tak mudah
Biar ku menemanimu membasuh lelah mu
Mengukir namamu di sana
Mendengar kamu bercerita
Menangis tertawa
Biar ku lukis malam
Bawa kamu bintang-bintang
Tuk temanimu yang terluka
Hingga kau bahagia
Ku berharap meski berat kau tak merasa sendiri
Kau telah berjuang menaklukankan hari-hari mu yang tak indah
Biar ku menemanimu membasuh lelah mu
Mengukir namamu di sana
Mendengar kamu bercerita
Menangis tertawa
Biar ku lukis malam
Bawa kamu bintang-bintang
Tuk temanimu yang terluka
Hingga kau bahagia hah
Mengukir namamu di sana
Mendengar kamu bercerita
Menangis tertawa
Biar ku lukis malam
Bawa kamu bintang-bintang
Tuk temanimu yang terluka
Hingga kau bahagia
Tuk temanimu yang terluka
Hingga kau bahagia
Saturday, 8 January 2022
Kulihat Hijau
Friday, 7 January 2022
Coretan Admin
Ya Allah, aku tahu ini adalah rancanganMu, tolong bantu aku untuk melaluinya dengan tenang dan mudah. Aamiin Ya Rabbal A’lamin
~:Ant DeSweet:~
Thursday, 6 January 2022
RESEPI :: Ayam Goreng Berempah
Menu : Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 sudu besar rempah
kari daging
2 sudu besar serbuk
cili
2 sudu besar serbuk
kunyit
2 sudu besar serbuk
ketumbar*
1 sudu besar jintan
manis*
1 sudu besar serbuk
jintan putih*
5 batang serai,
potong panjang 1 inci dan tumbuk halus
garam secukup rasa
5 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk
kisar halus:
6 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
3 inci halia
Cara Penyediaan:
Bersihkan ayam dan
toskan.
Untuk bahan
bertanda (*), kalau tak ada serbuk boleh guna yang biji dan kisar halus bersama
bahan-bahan lain.
Gaul ayam bersama
kesemua bahan termasuk bahan kisar halus. Perap selama minimum satu jam. Lagi
lama diperap lagi sedap rasa ayam.
Panaskan minyak dan
goreng ayam di atas api sederhana sehingga masak.
Tips:
Kalau nak pastikan
ayam masak dengan sempurna, semasa menggoreng ayam tutup kuali dengan penutup
seketika. sehingga masak.
Goreng di atas api
sederhana kerana jika api kuat nanti ayam masak hitam di luar tetapi di
dalamnya masih mentah.
Wednesday, 5 January 2022
Baugainvillea
Tuesday, 4 January 2022
Selamat Tahun Baru 2022
Jangan dilupuskan kenangan yang lepas, kita semadikan dalam lipatan sejarah supaya menjadi pengubat rindu dihari muka..