WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Wednesday, 12 January 2022

Tersurat dan Tersirat

﷽꧂



Allah makbulkan lafaz impian kita itu tersurat. Tersirat disebalik tersurat itu sebenarnya Allah telah kurniakan kita dengan apa yang sebenarnya kita perlukan.

Begitulah impian kita ingin belajar photography. Apabila melihat gambar yang cantik-cantik dan bercita-cita untuk merakamkan sendiri setiap scene portrait yang terlihat dengan mata kasar. 

Disebalik impian itu sebenarnya harapan kita ingin berdamping dengan Al Quran itu tinggi. Mengisi ruang kosong dihati. Mengharapkan untuk dapat menyertai mana-mana kelas Al-Quran itu yang utama. Kita tahu masa tidak menunggu kita. Waktu akan terus berdetik. Usia akan terus meningkat.

Allah makbulkan impian itu. Tersirat sebenarnya ada jalan untuk menggapai harapan. Terima kasih Ticer Lini membuka ruang untuk kita belajar bukan saja photography tetapi sebagai hamba Allah yang dekat dengan Al-Quran. Terima kasih Tuan guru Ustaz dan ustazah yang sudi menyampaikan ilmu kepada insan jahil dan kerdil ini. Allahuakbar. Banyak sangat ilmu yang kita dapat. Ilmu dunia dan dalam masa Yang sama ilmu akhirat. Terima kasih juga kepada imamku Mr. Dear yang tetap bersabar mendengarkan dan membetulkan bacaan Sweet ❤️

Alhamdulillah, Allah mudahkan segala urusan. 
Alhamdulillah, Allah hadirkan aura-aura positive bersama insan-insan hebat dalam kelas phop.
Alhamdulillah, Allah mendengar keluh kesah kita.
Alhamdulillah, Allah datangkan bila tepat pada waktunya.

“ (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram”. (QS Ar-Ra’d : 28)

“Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat”  (QS Al-A’raaf : 2014)

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS