WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 10 January 2022

RESEPI :: Waffle

﷽꧂


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ceria 🥰
Selamat pagi seluruh keluarga dan sahabat hebat semua 🌞

Alhamdulillah sempat juga 'mengsenap' waffle untuk task terakhir. Semalaman penuh wall FB dan IG dengan Lempeng, waffle dan pancake. Tak sempat nak join memeriahkan wall semalam. Jadi kita post hari ni. Untuk join #SatuHariSatuPhop 
Kita semadikan di Blog pula buat kenangan.

Task4 : Food Photography (Lempeng/waffle/pancake)
Submission: 9 January 2022


Jomlah sambil tu kita share resepi Waffle dari rasa.my


Menu : WAFFLE HOMEMADE

Bahan-bahan:

2 ½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
1 biji telur
3 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/2 paket mauripan ( yis segera)
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan minyak masak
2 sudu makan susu tepung
Esen vanilla
2 cawan air
 
Jem kegemaran : mentega kacang/coklat/Nutella/bluberry jam

Cara memasak:

1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, gula, mauripan, susu tepung dan baking powder. Gaul hingga sebati.

2. Kemudian masukkan minyak, esen vanilla dan air. Kisar atau adun hingga sebati. Lagi mudah jika adun guna blender.

3. Setelah siap mengadun, pastikan adunan betul-betul sebati dan tidak berketul.

(TIP RASA: kalau berketul boleh tapis)

4. Panaskan mesin waffle dan oles sedikit minyak dipermukaannya.

5. Tuang 1 senduk atau penuhkan permukaan acuan waffle. Tutup penutup dan biarkan masak.

6. Buka penutup waffle untuk pastikan waffle sudah masak atau tidak. Biar dalam 3-4 minit.

7. Bila waffle dah masak, angkat dan sapukan dengan jem, mentega kacang, coklat atau Nutella. Boleh juga nikmati dengan krim putar serta hirisan buah-buah. Terpulang pada citarasa.

8. Sedia untuk dinikmati.


#anndesweet🌹 
#AnnAziz 
#ibusambalpremium #dmomix
#antioxidant #supplier #agcera 
#kangenwater #thermomix
#chanceyourwaterchangeyourlife
#phop #smartphonephotography
#SatuHariSatuPhop #foodphotography









Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁



No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS