WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 4 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022

﷽꧂

Selamat tahun baru 2022 buat semua yang menjengah disini. Harap ucapan ini belum terlambat. Sambil melipat kenangan 2021 dan semadikan dalam memori, kita buka lembaran baru untuk kita corakkan menjadi yang terindah.

Tahun ni banyak betul Ann follow kelas SmartPhone Photography by TicerLini, lepas tu kelas Prop Management dengan Cikgu AeJa dibawah naungan TicerLini & tak lepas peluang juga belajar video editing bersama CikguJuJu. Lepas ni jika berkesempatan Ann post gambar-gambar yang telah Ann ambil hasil pembelajaran dari kelas #phop


Mula mencebur diri dalam dunia phop semasa Batch 38 yang bermula pada September 2021. Terus mendaftarkan diri ke kelas APC 42. Seterusnya siap-siap daftar dah untuk Batch ke 38, 40 dan 41. Nampak tak ketamakannya disitu. Masuk pula ke kelas PMC bersama Cikgu AeJa. Repeat lagi kelas APC 43. Semangat tahun baru chuols. Jenis yang suka belajar benda baru. Selagi tak jemu kita buat je la kan. Seronok bila melihat gambar-gambar alam. Belajar menggunakan lens macro lagi seronok. serangga yang kecil pun kita nampak detail. Sangat menarik bila diambil dengan sudut yang betul, situasi yang menceritakan sesuatu. Jangan berhenti belajar dan mensyukuri kecantikan alam yang Allah bagi.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh dihujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman 

Buah selasih buah kelubi
Didalam dulang dihidang pagi
Terima kasih daun keladi
Esok lusa bertandang lah lagi 

Jangan dilupuskan kenangan yang lepas, kita semadikan dalam lipatan sejarah supaya menjadi pengubat rindu dihari muka..


No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS