WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Saturday, 20 February 2021

Selesaikan Masalah Pemasangan Internet Yang Tiada Port

Nahhh kau... panjang tak tajuk hari ni..

Hari ni macam berkobar-kobar je nak story.. ahakss.. (ketawa terbahak-bahak)

acenggini cerita nya.. Memang stress la kalau nak online kat lappy, kejap2 nak on hotspot henpon pastu belum sebulan data habis kan.. 

Pastu kan.. dah ragister banyak kali dah.. bebulan-bulan dah lamanya apply line tenet kat taman ni.. Alasan dia Port dah penuh.. kena tunggu TM la kan yang pasang.. Tunggu lagi.. melangut la tunggu dah 3 bulan.. anak-anak pun dah start nak belajar online kan musim PKP ni..

Tup-tup jiran depan umah kita dah pasang.. dia baru je 2 minggu sudah apply nya.. aleh-aleh dah pasang.. kau rasa??? 

Kita try la tukar ajen yang jiran kita engage tu kan.. kot la maunya cepat dapat.. Hmmpppp dia kata jiran tu umah depan.. port umah depan ada lagi kosong.. port umah kita.. deret umah kita dah penuh..

Kita bila dah marah.. bila dah geram.. kita diam malas nak cakap... dengan harapan dorang paham la kita marah kan.. tapi gagal la.. dorang tak tau pun kita tengah marah giler kat dorang.. sebab.. kita wasap je ngan dorang.. dorang tak nampak kita pun kat wasap tu.. dorang ingat kita tak baca.. dorang pun buat bodo je.. Geram kita tau..

Pastu kita tak duduk diam dah.. kita start tanya kat jiran-jiran.. pastu jiran kita bagi tau.. adik dia pun dah 'pangkah' TM.. sekarang dia online guna Rauter as a moderm. Apakah itu? 

Pernah la tau sikit-sikit kan.. tapi sikit tak cukup.. kita nak tau banyak.. kita google sampai la jumpa satu blog ni dia sangat membantu.. walaupun dia tak menjual dan ajen kepada syarikat lain.. tapi dia bantu kita pilih rauter yang sesuai.. bantu kita cari line phone yang bagus kat taman ni.. banyak sangat la dia bantu..

sebagai kenang budi dia.. Kita share kat sini link website dia..

Pakar Fibre katanya.. 

Walau dia tak dapat nak bantu untuk kita pasang unify fibre.. dia dah bantu kita setel problem internet yang tak de port kat taman rumah..

Dia rekemen kat kita guna router LTE CP2003.. Kalau nak puas hati lagi guna B525.. 


Macam ni la rupanya CP2003.. kita pilih ni sebab kita baru pes time la kan guna.. harga murah berbanding B525, murah juga la berbanding TP-Link dan jenama lain.. pastu brand ni copy dari jenama Huawei kata nya.. 

Pastu dia kata pastikan yang support Band 1, 3 & 7
Kita macam terkial-kial pulak la.. kenapa dengan Band 1, 3 & 7.. mana pegi 2.. mana pegi 4 sampai 6.. apakah itu?

hmmpp upernya.. Band tu jenis telco yang kita guna.. pasti kan router tu boleh support Unlimited Internet Sim yang kita beli tu.. contoh frequency untuk line Celcom ke, Digi ke, U-Mobile ke..

sini kita kasi tau la.. lepas kes terkial-kial tu la kan.. kita pun cari la.. apa ke menda alah nya support band tu.. Jadinya kita jumpa lah menda ni.. boleh la kongsi buat yang belum tau tu..

Malaysia Major telco frequencies as follow:
    Digi = Band 1, 3, 7, 8     Celcom = Band 3, 7     Maxis = Band 1, 3, 7     Umobile = Band 1, 3, 7     Webe/Unifi = Band 5, 38, 40     Yes 4g = Band 20, 38, 40, 41

Tu la kisah nya..

Kita nak godeh-godeh lagi apa yang kita tinggalkan dalam blog ni.. macam lama sangat dah kita tak bukak.. sawang dah bersih dah.. kita macam rasa nak deco kasi ceria la blog kita ni..
ahaksss.. tengok la apa yg jadi,, kot kalau hilang dari radar tu.. maknanya kita dah terdelete la semua yang ada... OMG!!


No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS