Selepas kejadian |
Kitchen backsplash mirror katanya..
Baru je siap pasang ni ha.. belum boleh lagi nak cuci.. kalau buka lampu nih nampak la sepahnya lagi pulak dah bercermin ni kan..
Rasa nyaman je bila atas dapur ni kosong je.. mana pulak nak letak pekasas memasak nih.. hmmpp mula la cari idea nih.. hehe kalau dok sorang boleh la.. ni ramai rakyat yang suka dok dapur nih.. hehehe.. bagus-bagus.. masak je la nak.. mak suka.. semua ni pun untuk hang pa jugak..
Sebelum kejadian |
Sebelum ni dapur kita macam ni je. Guna wallpaper. Sebenarnya belum puas lagi bermesra dengan wallpaper ni. Masih lagi seronok memandang batu-batuan semula jadi, walaupun hanya kertas. Bukan apa, rasa macam best je lah.
Sebab apa tukar? tu la tu. sebab lama-lama wallpaper ni dia terbuka sikit kat hujung tu. pastu mula la dia menggulung nak terbuka semua. Nak pulak yang tempat sinki tu, selalu kena air dan satu lagi dekat dapur masak. Selalu kena panas agaknya. Mula la mata ni asyik pandang kat situ je. Tu belum lagi bila jari jemari ni ringan nak mengumpil dia..
Jadi sebelum itu semua terjadi, ada baik nya kita tangani masalah itu dengan segera!!
Lama dah nak letak Bronze Mirror kat dapur, nak padankan dengan kabinet atas tu yang ada sikit bronze mirror tu. Kita buat sikit demi sedikit. Jadi alhamdulillah termakbul impian.
Selepas tukar ke Bronze Mirror |
Nampak tak serabutnya disitu. Tak pa la kan.. belum siap kemas lagi.. jangan kecam sangat la ye. Mode lampu boleh laras. banyak warna dia boleh tukar. Beli kat Shopee je. Murah dan cepat sampainya.
Lepas kemas semua, masuk je dapur rasa luas pulak. Ye la kan sebab keliling tu cermin. kalau dulu rasa macam nampak tembok batu, kali ni nampak reflection dari semua sudut. Tapi yang tak bestnya bila dapur bersepah. Serabut nampak jadi banyak.. hahahahah.. Bagus juga sebab sebelum tinggalkan dapur make sure semua dah kemas. Baru la masuk dapur tak terkejut beruk..
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger