WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 26 February 2021

Panduan Solat Tahajjud


Kebelakangan ni macam mengantuk tapi tak berapa lena. Kadang pukul 3am baru betul-betul dapat lena. Mungkin Allah rindu kita. Bila usia meningkat, tidur kita pun tak panjang. Masa untuk kita 'berkhalwat' dengan Allah. Masa untuk kita dekat denganNya. 

Daripada kita terkebil-kebil mata, baik kita buat sesuatukan. Kita tampal sini dulu cara-cara Solat Tahajjud supaya mudah untuk dijadikan bahan rujukan untuk diamalkan. Terima kasih kapada Blog akuislam.com diatas perkongsian yang sangat bermanafaat.





Waktu Solat Tahajjud

Solat sunat tahajjud dilakukan pada tengah malam, iaitu selepas jam 12 malam.

Waktu ini adalah selepas bangun daripada tidur sewaktu keadaan senyap sunyi dikala semua manusia lain sedang nyenyak tidur.

Firman Allah SWT:

Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.

— Surah al-Muzzammil ayat 1–4

 Amalan bangun untuk beribadah selepas tidur malam ini dikenali sebagai Qiamullail.


Niat Solat Tahajjud

Apabila bangkit selepas tidur di tengah malam, ambillah wuduk. Seterusnya mengadap arah kiblat dan ucapkan lafaz niat solat tahajjud ini:

Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.


Rakaat Solat Tahajjud

Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat tahajjud secara terperinci.

Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat.

Solat sunat tahajjud boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. — tetapi ia boleh dilakukan sebanyak mungking mengikut kemampuan anda.

Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.

Perlaksanaan cara solat tahajjud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.


Cara Solat Tahajjud

Cara solat tahajjud dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat yang lain. Bacaan dalam solat ini tidaklah ditentukan. Oleh itu, bolehlah dibaca mana-mana surah yang disukai. Di bawah ini adalah cadangan surah yang boleh dibacakan.


Rakaat Pertama

Pada rakaat pertama, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Kafirun:

Qul yaa ayyuhal-kafirun. La a’budu maa ta’buduun. Wa la antum ‘Abiduna maa a’bud. Wa laa ana ‘Aabidum maa ‘abattum. Wa laa antum a’biduuna maa a’bud. Lakum diinukum wa liya diin.

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku.


Rakaat Kedua

Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:

Qul huwallahu ahad. Allahus-samad. Lam yalid wa lam yuulad. Wa lam yakul lahuu kufuwan ahad.

Maksudnya:

Katalah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”


Doa Solat Tahajjud

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya. Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut:

Allahumma laka hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna, walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna, walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi, walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, Wamuhammadun sallallahu ‘alaihiwasallam haqku, wassa-‘atu haqku

Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu, wa ilaika hakamtu, fagfirli maaqaddamtu, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu, antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru, laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka wa laa hau la walaa quwwata illa billahi


Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.
BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.
BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.
Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.
Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Semoga panduan ini dapat membantu kita semua.

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS