WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Friday, 26 February 2021

Kelebihan Solat Tahajjud

Banyak kelebihan melakukan solat sunat tahajjud. Antara kelebihan solat sunat tahajjud ialah makbul doa, tenang hati serta fikiran, murah rezeki dan mendapat perlindungan daripada pengkhianatan manusia. Yang paling penting adalah waktu ini pintu taubat terbuka luas.



Rasulullah SAW bersabda:

kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada TuhanMu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari amalan dosa dan dapat menghalangi penyakit

— Riwayat Tirmizi dan Ahmad R.A


Malah, dengan solat tahajjud juga akan menjadikan diri kita lebih kuat dan lebih produktif.

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa tahajud adalah kehormatan seseorang mukmin kerana ia memberikan masa peribadi antara kita dengan Tuhan.

Jika kita percaya bahawa kita milik-Nya dan kita akan kembali kepada-Nya, maka laburkan sedikit masa spiritual kita dengan tahajud dan lihatlah bagaimana kekuatan dan produktiviti ktia akan meningkat!

 

Kelebihan Solat Tahajjud Menurut Imam al-Ghazali

Untuk membersihkan hati kita daripada sebarang kebencian terhadap orang Islam lain.

Untuk sentiasa mempunyai rasa takut dalam hati kita terhadap Tuhan dan menyedari bahawa hidup kita sangat singkat.

Untuk memahami manfaat tahajud.

Untuk mencintai Allah, dan mempunyai iman yang kuat apabila kita bangun solat malam ‘memanggil’ Allah.

 

Lima Ganjaran Tahajjud di Dunia

1. Jauh Daripada Semua Penyakit

Salman Al-Farisi menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda;

Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.

 

2. Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah

Pernahkah melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam?

Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang?

Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya.

Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali.

 

3. Dikasihi Oleh Semua Manusia

Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT.

Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun.

 

4. Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan)

Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka.

Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah.

Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

 

5. Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati)

Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya.

Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT.

Penutup: Allah Membuka Pintu Langit Kepada HambaNya

Solat malam adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula.

Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Semoga panduan ini dapat membantu kita semua.


No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS