Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
"Barangsiapa membaca Surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tiadalah akan menimpa kepadanya kefakiran atau kepapaan"
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa
membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan
atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu
Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang
siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan
tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah
surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa
membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis
sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan
rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai
penjuru serta berkah pula.”
Surah
Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada
juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di
ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini,
yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang
hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan
orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan,
dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
*
Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali
duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan
dengan rezeki.
*
Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca
surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat
Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan
di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
*
Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa
selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu
bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada
malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat
Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah
surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak
1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah.
Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
Insya’Allah berhasil.
*
Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak,
insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca
disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian
dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera
melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak
bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
*
Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa
selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis.
Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan,
daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
*
Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah
sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu
Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah
itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
Wasallam.
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger