Kumpul resepi jom. Rajin dulu buat apam ni.. nak ambil mood semula main masak-masak..
Bahan bahannya:
1 cawan nasi sejuk ( kalau boleh semalaman)
2 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir ( Nora kurangkan ke 3/4 cawan sahaja)
1 1/4 air
1 sudu kecil yis segera
Sepeket eno (biru)
Cara-caranya:
1. Blend nasi dengan 1 1/4 cawan air tadi, hingga nasi hancur dan
halus.
Boleh juga rendam dulu nasi ke dalam air supaya nasi lembut.
2. Masukkan gula, tepung beras dan yis. Blend lagi hingga semuanya sebati.
3. Alihkan kedalam mangkuk, tutupkan dan biar perap dalam 4-5jam.
4. Kacau perlahan lahan adunan, masukkan eno dan kacau sebati. Masa ni
bolehlah diwarnakan ikut warna kesukaan. Biarkan sebentar.
5. Sementara itu panaskan kukusan.
6. Bila kukus dah betul-betul panas, masukkan adunan kedalam acuan kuih lompang atau loyang. Kukus selama 10 minit. Masa mengukus sebenarnya ikut besar mana
acuan, kalau acuan besar, bagi masa dalam 15-20 minit. Pastikan guna api yang kuat.
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan...
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger