WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 30 January 2018

TAZKIRAH : Jangan merasa diri kita " Baik "



Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.

Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun hari-hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun kita sudah pakai jubah,berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.

Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun hari-hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

Jangan merasa diri kita " Baik " 
walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

Allah berfirman didalam al-Quran, 
surah an-Najm ayat 32 ;فلا تُزٓكُّوْا آنْفُسٓكُمْ هُوٓ آعْلٓمُ بِمٓنْ اتّٓقٓى" 
Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah-lah yang lebih mengetahui siapa yang benar-benar bertaqwa.

Sayyidatina Aisyah (ra) ditanya orang 
" Siapakah orang yang buruk? " 
dijawab olehnya " iaitu orang yang merasa dirinya baik". 

Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", 
maka dijawab "Iaitu orang yang merasa dirinya buruk".

Astaghfirullahhaladzim. Ampunilah aku

MEMBERS