WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Sunday, 28 January 2018

RESEPI Daging Bakar Thai


Lewat lunch hari ni 😅.. daging bakar thai in the house !! Makan dengan nasi panas2 😋.. sape suka angkt tgn 🙋🏼 😁😁

Bahan-bahan: 👇🏻
Daging 1/2 kg
Bawang putih 4 ulas
Serai 1 btg
Kicap
Sos tiram
Garam & gula

Tumbuk bawang putih & serai sehingga lumat. Gaul semua bahan bersama daging..kemudian perap.. kalau tak perap pon tak pe,tapi kalau perap lagi sedap 😋 . Daging jgn bakar sampai kering nanti tak sedap.. bia juicy gituuuu 😁

Pencicah : 👇🏻

Bawang putih 1 ulas
Akar ketumbar ( sikit je guna )
Daun ketumbar
Cili padi (ikut kepedasan masing2)
Sos ikan ( wajib 😁 )
Gula
Limau nipis

Tumbuk bawang putih & akar ketumbar.. satukan semua bahan & gaul rata.
cili padi hiris halus..

P/s: pencicah kena cukup rasa masam pedas masin dan manis..baru sedap hehehe.. boleh adjust ikut selera masing2 yer...

~share resepi



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS