RINGKASAN KANDUNGAN SURAH AL MULK
Intisari kandungan surah Al Mulk menegaskan bahawa Allah Ta’ala yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup makhluk-makhlukNya – untuk menguji dan menzahirkan keadaan mereka: Siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
Seluruh alam yang diciptakanNya itu, amatlah rapi dan tidak ada sebarang cacatnya.
Kemudian digambarkanNya peristiwa-peristiwa yang akan berlaku pada hari kiamat dan balasan buruk yang sangat-sangat menggerunkan, yang disediakan bagi orang- orang yang kufur ingkar.
Sebaliknya, disebutkan bahawa orang-orang yang takut melanggar hukum Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
Ramai antara kita yang mengamalkan surah ini setiap malam dan tak kurang juga yang telah menghafalnya.