KISAH SEORANG YANG TIDAK TAHU BACA AL-QURAN, TAPI KUBURNYA BERCAHAYA MENJULANG LANGIT.
Suatu
kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal
Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan menyebabkan
menitisnya air mata. Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan
di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu
cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur,dan terus
menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.
Terpegun
dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini
adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Sama ada ia seorang
waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di
sisi Allah.
Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.
Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung.
Beliau
ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib
itu. Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau
orang soleh yang terkenal?. Bila bertanya kepada orang kampung mereka
kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur
seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok di hujung kampung
bersama isterinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu
berkunjung ke rumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu
menceritakan keajaiban yang dilihat di perkuburan suaminya.
Anehnya
isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya.
Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan
seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi
bukan imam, bukan muazzin, bukan guru Quran. Malah suaminya tidak pandai
membaca Quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca Quran.
Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan
isteri simati.
Akhirmya lelaki itu bertanya apakah
perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan
sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang
selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap
malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil
wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya al Quran di
atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih
sayang.
Ia akan duduk dan membelek al Quran itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan
ia
seorang yang buta al Quran. Dia akan meraba-raba ayat-ayat Quran itu
dengan tangannya,seolah-olah sedang menyentuh dan membelai sesuatu yang
sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan
dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh
penyesalan.
“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas
kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak
mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.
Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai
Kalamullah,
jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku di hadapan
Allah di akhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang
suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani al Quran buah hati
kesayangannya.
Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur.
Lelaki
itu meminta untuk melihat al Quran kesayangan suaminya itu. Benar dan
sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan
lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada
bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis
berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.
Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya.
Hatinya
telah bersatu dengan roh al Quran. Dia sangat mengasihi kalimat Allah
dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi Allah dengan seluruh jiwa dan
raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita,
di dalam rumah kita, di dalam diri kita, setiap masa dan ruangkan masa
setiap hari utk membaca.