Bahan-bahan kuih lapis pelangi
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 8 cawan santan sederhana pekat
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 1 sudu kecil garam
- pewarna merah, hijau, putih, kuning.
Cara buat kuih lapis pelangi
- Gaul tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, santan, gula dan garam. Tapiskan.
- Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dalam setiap bahagian.
- Panaskan loyang berukuran 8 inc dan sapukan sedikit minyak.
- Masukkan adunan merah dan kuku selama 5 minit.
- Lapiskan dengan adunan putih dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan dengan adunan hijau dan kukus selama 5 minit. Ikuti dengan warna putih.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis.
- Bila dah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam.
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan...
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger