WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Sunday, 28 January 2018

RESEPI Talam Koleh Kacang

Assalamualaikum uolls...

Atas permintaan sahabat2 fb yg di sayangi,saya share kan resepi Talam Koleh kacang yg saya belajar dari Cikgu Musinah Yusoff.Credit to her.
mabelesssss sgt2 uolls....iolls yg x berapa suka kole kacang ni pun dah terjatuh cinta ngan talam kole kacang ni...hehehehe

Sila la Share dan yang penting try buat tau...
sapa2 yg nak berbusiness pun di alu-alukan.senang sangat2 nak buatnya.

Resepi Talam Koleh Kacang
FB Wan Rose haida

Bahan-bahan

Bahan A
-400gm gula merah
-100gm gula pasir
- 1 helai daun pandan
- 200gm air
*didihkan/ masakkan bahan2 di atas dan akan menghasilkan 600gm air gula

Bahan B
-300gm tepung kacang hijau
-1 tsp garam
-500 gm santan pekat
-900 gm air

Cara2:
1.Masak bahan2 A sehingga mendidih hingga gula hancur.Tapiskan menjadi 600gm (Jgn smpi air gula pekat)
2.Satukan bahan B,kacau hingga rata dan sebati dan tapiskan ke dalam periuk
3.Masukkan bahan A ke dalam bancuhan B,kacau di atas api sederhana besar selama 1/2 jam.( Tuangkan 1 1/2 sudu besar minyak supaya berkilat-amek minyak tahi minyak lagi sedap)
4.Adunan hendaklah dikacau seperti dodol bila dikaup-balikan tidak melekat di dalam kuali
5.Bila masak tuangkan ke dalam loyang yg telah dilapik plastic.Tabur tahi minyak ketika adunan masih panas supaya tahi minyak melekat di atas loyang bersize 10 x 10 x 1 1/2

Cara membuat tahi minyak
300 gm santan pekat + 1/8 tsp garam
- masak dgn api perlahan sehingga menjadi tahi minyak dan warna kekuningan.Tapis supaya tahi minyak tidak hitam

Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS