WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Sunday, 28 January 2018

TIPS : Menyimpan Daging Korban



Tips menyimpan daging korban agar terjaga kualitinya:
  1.  Sebelum disimpan, daging tidak perlu dibasuh kerana jika dibasuh guna air paip, kuman boleh masuk dan tinggal dalam pori2 daging. Basuh daging bila kita mahu masak daging tersebut.
  2. Jika dapat daging yang banyak, jangan simpan 2-4 kg daging ketul besar sekali gus. Cara yang betul, potong daging berukuran lebih kecil dan simpan di dalam plastik lebih kurang 1/2 kg atau 1 kg seplastik. Jika mahu masak, ambil satu plastik atau jumlah kg yang hendak dimasak saja. Inshaa Allah daging dalam sejuk beku tahan lebih satu tahun.
  3. Sebelum simpan di freezer, simpan daging dalam peti sejuk selama 4-5 jam. Setelah sejuk baru masuk ke dalam freezer.
  4. Jika mahu masak daging beku, jangan cairkan ais pada daging beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di dalam air biasa (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).Setelah daging sudah dinyah beku, buka plastik, basuh daging hingga bersih dan potong  lalu siap dimasak.
  5. Tips tambahan: Jangan guna plastik hitam kerana ia adalah hasil kitar semula iaitu mengandungi Cadmium yang merangsang kepada sel kanser. Pakailah plastik putih atau plastik jernih untuk membungkus daging.


No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS