Bercuti di Taman Negara |
Pergi bercuti macam sayang nak tinggalkan periuk noxxa. Bukan apa, mudah dah masak, mudah nak bawa. Ala-ala camping pulakan. Macam-macam masakan boleh buat dengan Noxxa. Macam-macam menu boleh buat. Rajin ngan tak je.
Gambar ni amik masa kita bercuti di Taman Negara. Memang bawa siap-siap periuk Noxxa ni. Mana tau tiba-tiba rasa lapar. Selalu anak-anak ni bila berjalan tempat orang, nafsu makan tu membuak-buak. Jadi kita siap sedia bahan-bahan yang simple, yang boleh masak bila-bila masa.
Sini kita tepek sikit resepi macam mana masak nasi putih dalam periuk Noxxa Amway ni. Memang selalu kalau pi bercuti nak cari balik resepi tiba-tiba lupa. Sekarang dah senang. Kita simpan siap-siap dalam ni.
Resepi Nasi Putih Dengan Periuk Noxxa
Bahan-bahan:-
3 cawan Beras
3 cawan Beras
4 cawan Air (Sukatan air ni mesti 1 cawan extra dari sukatan beras)
Cara-caranya:-
1. Basuh beras dalam periuk noxxa. Toskan air basuhan. Masukkan air ikut sukatan tadi.
2. Pusing tombol periuk noxxa kepada PRESSURE
3. Tekan mode kepada HP selama 7 min.
4. Biarkan sampai bunyi BEEP.
5. Pusing tombol kepada STEEM untuk lepaskan tekanan dalam periuk noxxa.
TIPS:
- Beras tu ikut la berapa yang nak masak sebenarnya. Sukatan atas tu contoh sahaja.
- Sukatan air mesti 1 cawan lebih dari sukatan beras. Untuk mudahkan faham. Guna cawan yang sama.
- Tutup tombol dengan kain untuk mengelakkan wap air terpercik.
- Boleh set mode kepada WARM untuk nasi sentiasa panas.
- 1 kg nasi untuk 10 orang.
- Periuk noxxa boleh masak hingga 2 kg beras. Bersamaan 20 orang makan.
Selamat mencuba.
Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger