WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Sunday, 14 January 2018

RESEPI :: Mashed Potato, Gravy, Coleslaw dan Ayam Goreng Rangup


Kongsi resepi dari blogger lain.. kita tepek sini supaya senang nak buat nanti.

Resepi👇👇

Mashed potato
4 biji - Kentang 
1 sudu - Lada sulah
1 sudu - Lada hitam
1/2 kotak kecik - Susu segar
2-3 sudu - Butter
Caranya:-
Rebus kentang. Bila dah empuk, lenyek-lenyekkan.
Campur bahan di atas dengan perasa dengan lada sulah dan lada hitam. Susu tu tuang sket tau .

Gravy 
Bwg besar holland
Bwg putih
Butter
Tepung jagung
Kiub ayam knorr 
Serbuk lada hitam/sulah
Air

Coleslaw
Karot setengah jer
Kobis sket
Potong2 masuk dlm food processor
Perah jus lemon..blend
Dh hancur..campur ngan mayonis, susu segar sket, gula dn garam..lada hitam

Ayam Goreng Rangup
Ayam sekor...potong 12
Perap ngan halia dn bwg putih garam sket, serbuk kunyit..dn serbuk jintan manis sket 
(perap 2-3jam, tutup dlm bekas ltk dlm chiller)
Celup telur.. gaul ngan tepung goreng ayam kfc (ade byk jenama) ikut selera
Pastu goreng dlm periuk..minyak byk..dn minyak btl2 panas..goreng 14 - 15 minit jer...jgn lama...nnti overcook tk sedap..klu ayam tu moist2 sedap..

Kredit Resepi : edelwess rita

Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁


No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS