WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 28 October 2019

Hokkaido Triple Cheese


Mengidap apakah ini 🤣
Tiba-tiba nak makan Japanese Cotton cake.. tapi Kat SR tak de pulak 😭😭 Hokkaido pun jadi la.. Jepun la jugak 🤭

TQ Dear.. merialisasikan impian Sweet 😘🥰

HOKKAIDO TRIPLE CHEESE
Light, fluffy and moist, a truly magical combination of 3 types of premium cheese that melts in your mouth and is bursting with flavour.


Rasa belum tercapai lagi nak makan Japanese Cotton Cheesecake Ni.. Rasa macam nak buat sendiri je.. nanti kita cari resepi ya.. 
Ajjjooommmmm

#DeSweet🌹

RESEPI Kek Nenas



Kredit: Cikgu
Di Siarkan: Cikgu Nas
Menu: Kek Nenas🍍

Bahan-Bahan
▶5 keping Nenas dalam tin yg bulat 
▶5 Biji Buah Cherry 
▶1 cwn Gula Perang 
▶2 cwn Tepung Naik Sendiri
▶3/4 cwn Air nenas dlm tin td 
▶1 Sudu Kecik esen vanilla
▶1 cwn Gula Halus/Kastor 
▶5 biji Telur gred A  
▶250gm Butter (Cikgu Guna Anchor)

Cara-Cara
✅Loyang 8×8 sapu butter susun nenas pada dasar
✅Letak Buah Cherry di tgh2 Nenas
✅Tuang gula perang
✅Tekap pd dasar kemas & dengan penuh kesabaran
✅Pukul butter ngan gula sampai kembang
✅Masukkan telur satu persatu & Mix  
✅Masuk esen vanilla & mix 
✅Masukkan tepung berselang seli ngan air nenas sampai habis tuang dlm loyang
✅Bakar Suhu 170  Masa 40 to 60 Minit @ sehingga masak ikut oven masing2 ye
✅Bila dah masak, sejukkan sekejap telangkupkan pd alas kek ye ❗❌ bukan redai jaring

☺ Sedia Di Hidang & Di Nikmati Bersama Keluarga


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

KANGEN dan Awet muda


Salah satu sifat yang ada dalam air kangen ialah diperkaya dengan Antioksida. 

Antioksida dengan kata lain awet muda dan melambatkan proses penuaan.

Antioksidan ini akan berfungsi dengan memberikan elektron kepada molekul radikal bebas dengan itu meneutralkan sifat buruk radikal bebas.









Berikut perbandingan pengambilan makanan atau minuman untuk mendapat kuantiti antioksida yang sama.

5 kg Brokoli = 1 kg Blue Berries = 16 gelas Teh hijau = 1 gelas AIR KANGEN

Mana satu pilihan hati?







Petua jadi kurus dan sihat dengan Antioxidant Water

Antara pengalaman pengamal Kangen Water yang consistent. 

Terpaksa jadi kurus.
Mana yang mudah?
Diet dengan makanan atau 
Diet dengan minuman?

Sunday, 27 October 2019

RESEPI :: Pancake dan Syrup

Kredit: Cikgu
Di Siarkan: Cikgu Ila
Menu: Pancake 🥞

BAHAN-BAHAN
▶1 cawan tepung gandum
▶2 sudu kecik baking powder
▶Secubit garam
▶2 sudu besar gula halus / kastor
▶3/4 cawan + 2 sudu besar susu kotak Full-cream  (Maksudnya sukat 3/4 cawan dulu. Lepas tu tambah lagi 2 sudu besar)
▶1 biji telur gred A, dikacau rata
▶2 sudu besar butter (dicairkan)
▶1 sudu kecik esen vanila
▶Sedikit minyak / butter untuk sapu pada kuali leper

CARA-CARA
✅Asingkan Bahan Kering & Basah
✅Mula-mula, satukan bahan-bahan kering – iaitu tepung, baking powder, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Gaul rata dan ketepikan.
✅Dalam satu bekas yang lain pula, satukan bahan basah pula – iaitu susu, butter yang telah dicairkan, telur dan esen vanila. Gaul rata.
✅Campurkan
✅Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering.
✅Kemudian gaul setakat rata saja, jangan overmix. Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tak apa.
✅Rehatkan adunan yang dikacau tadi selama 15 minit.
✅Masak Panaskan non-stick

☺Sedia Di Hidang, nak makan dengan apa2 pun boleh

-----------------------

Kredit: Cikgu
Di Siarkan: Admin Wani
Menu: Syrup Pancake

Bahan-Bahan
▶3/4 cawan gula perang
▶1/2 cawan air
▶2 sudu makan madu
▶1/2 sudu makan mentega

Cara-cara
✅panaskan air, gula dan madu di atas api hingga sebati. Rasa dan kepekatan ikut suka nak lah kan... nak manis lagi tambah gula, nak pekat lagi tunggu lama sikit..
✅matikan api dan larutkan mentega.

Sedia Di Hidang Bersama-sama Pancake 😊


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 


Surah-surah amalan


Sebenarnya banyak lagi surah-surah di dalam Al-Quran buat pedoman kita, Antara surah-surah amalan buat kita semua adalah seperti dibawah. Semoga nota ini menjadi ingatan buat kita semua.

۞ Surah Al-Fatihah - dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

۞ Surah Yasin - dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

۞ Surah Dukhan - dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

۞ Surah Al-Waqi’ah - dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

۞ Surah Al-Mulk - dapat meringankan azab di dalam kubur.

۞ Surah Al-Kauthar - dapat merelaikan segala perbalahan.

۞ Surah Al-Kafirun - dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

۞ Surah Al-Ikhlas - dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

۞ Surah Al-Falaq - dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

۞ Surah An-Nas - dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was. 

Saturday, 26 October 2019

RESEPI Roti kukus Kaya Pandan


Roti Kukus Kaya

Buntu nak buat menu apa dah untuk hidangan bersama tersayang? Cubalah resepi mudah ni.


Bahan-bahan
200 ml santan
2 cawan susu sejat
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar gula pasir
1/2 keping gula Melaka
1 butir telur
2 sudu besar tepung jagung
5 titis pewarna hijau
8 helai daun pandan

Cara-caranya
1. Tumbuk / blend daun pandan, tapis dan perah untuk mendapatkan pati jusnya. Ketepikan.
2. Masukkan santan, susu sejat, susu pekat, gula pasir dan telur ke dalam periuk. Pukul sebati.
3. Masukkan pati jus pandan. Kacau sebati. Masukkan sehelai daun pandan yang disimpul.
Masak dengan api kecil. 
4. Masukkan gula Melaka dan pewarna hijau dan kacau tanpa henti.
Masak hingga agak pekat, keluarkan daun pandan dan masukkan tepung jagung.
5. Teruskan memasak dengan api kecil hingga seri kaya kelihatan kental.

Monday, 21 October 2019

BAGAIMANA MEMBELI MESIN KANGEN / HOW TO BUY KANGEN MACHINE


Untuk membeli mesin kangen, klik: SINI
Jangan lupa gunakan distributor ID di website di atas: 2536339 ATAU 2548060 (ID distributor untuk membeli mesin kangen)

Hubungi 011 6296 9796 untuk bantuan pemasangan dan cara menjadi agen pemasaran mesin Kangen

To buy kangen machine please go klik 
HERE

Remember to use this Distributor  ID in the website: 2536339 OR 2548060 (distributor ID to buy Kangen Machine)

Call 011 6296 9796 for support in buying, installation and to be distibutor of Kangen Machine

Keperluan Air Kangen mengikut pH



Mesin air kangen bukan sahaja menghasilkan air utk minum. 
Mesin kangen menghasilkan 7 jenis pH air berbeza mengikut keperluan:

1. Strong Acidic Water (PH 2.5 )
•Pembersih Tangan
•Membersihkan Luka dan goresan
•Dapat menyembuhkan luka terbakar
•jangkitan kuman teruk
•Jerawat
•Sakit gigi
•Sakit Tekak (kumur seperti listerin)
•Digunakan sebagai bahan pelindung tanaman
•Membunuh psoriasis pd kulit
•Menyembuhkan luka pada diabetes

2. Beauty Water (PH 4.0-6.0)
•Toner utk kulit
•Melembutkan Rambut
•Menyembuhkan akar
rambut
•Mengencangkan kulit
•Untuk menyiram tanaman supaya tumbuh subur

3. Neutral Water ( PH 7.0 )
•Untuk membuat makanan
bayi dan susu
•Untuk Minum  bersama ubat(hospital)

4. Kangen Water ( PH 8.5 – 9.5 )
•Air minum.
•Sgt bagus diminum bersama mknn tambahan/vitamin
•Micro Cluster.
•Meneutralkan Radikal Bebas.
•Menyeimbangkan pH tubuh.
•Detoksifikasi dan Pembersihan.
•Meningkatkan tenaga,
•Mengurangkan Kelelahan/astma.
•Meningkatkan kadar Anti-oksida
•Meningkatkan Kesihatan
Menyeluruh.
•Melancarkan sistem pencernaan
•Menstabilkan tekanan darah
•Seimbangkan gula dalam darah
•Kesihatan tulang

5. Kangen Strong Water (PH 11.5)
•Membersihkan Buah2an dan sayur2an dari racun serangga
•Membersihkan kesan kopi
atau teh..
•Mengecilkan pori kulit
•Menanggalkan daki dikulit(gosok)

Hubungi agen mesin Kangen anda 
011 6296 9796 anda sekarang.



Sunday, 20 October 2019

RESEPI Tauhu sayur

Bahan-bahan
Tauhu / tauhu jepun
Tepung jaguung
Minyak untuk menggoreng
Bawang Putih
Sos tiram
Cili padi
Minyak bijan
Brokoli

Cara-caranya
Tauhu tue potong2 
gaul tepung jagung 
pastu goreng bg ada crispy2 sikit. ke tepikan

Cara buat Sos:
Bawang putih cincang & cili padi.
tumis2 pastu letak air & sos tiram.
garam tambah sikit je. sbb sos tiram dah masin
tambah minyak bijan 2 3 titik.
lepas tu, bg kuah dia pekat masukkan brokoli & tauhu jepun tue. siap!

Resepi: Roziyanty Juhari

Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

RESEPI Popia basah homemade

Buat sendiri lagi Jimat dan berbaloi-baloi. 

Bahan-Bahan Kulit Popia:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu mkn cuka
Secubit garam

Cara membuat kulit popia:
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah air sedikit. Tutup dan perap 30 minit.

Selepas 1/2 jam, panaskan kuali leper @ non stick ambil sejemput adunan dn lengserkn di ats kuali nipis2.
Biar seketika, kmudian angkat perlahan dgn menarik kulit popia dr tepi. Ulng proses ini hingga hbis.
Kulit popia ni bole letak bertindan ya..sbb dia tk melekat.

Bahan Sos Popia:
12@14 cili kering, buang biji, rebus dn toskn kmudian di kisar dgn 1 cawan air..kisar halus
1 biji bwng besar
5 ulas bwng putih
2-3 sudu gula perang
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak utk menumis

Cara-Cara Buat Sos:
Kisar bwng besar dn bwng putih hingga halus. Panaskn minyak dlm periuk. Tumis bhn kisar hingga wangi. Masukkn cili dn masak hingga pecah minyak. Masukkn gula perang, gula pasir dn jg kicap manis. Masak hingga pekat menggunakn api perlahan. Tambah garam secukupnya.

Bahan-Bahan Inti Popiah:
Sengkuang( jika suks hiris nipis @ memanjng
Taugeh- bersihkn
1/2 biji kubis - racik halus
1 btng carot- hiris memanjng
Segemggam udang. Buang kepala dn ekor- potong kecil
1/2 labu bwng besar cincang halus
2 ulas bwng putih - cincang halus
Udng kering( yg ni su tambah- tumbuk halus
Garam dn minyak utk menumis

Cara-Cara Sediakan Inti:
Panaskn 2 sudu besar minyak dlm kuali, tumis udng, bwng besar dn bwng putih hingga wangi. Guna api sederhana. Masukkn kubis dn carot. Kacau hingga layu.
Masukkn tauge, sengkuang, udng kering dn garam. Kacau sebati dn rasa garamnya. ( masak sekejap je bhn inti ni)

Bahan tabur:
Kacang tanah di sangai, buang kulit dn tumbuk
Udang geragau kering, di sangai dn tumbuk halus.
Bawang goreng

Sediakan kulit popia dn sapukn sos sedikit, dn masukkn inti..gulung kemas..buat smp hbis. Curahkn sos di atas popia td, tabur dgn bhn tabur..siap

Credit : Ziela Lewis‎ 
#mahn

Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

IKAN DAN AIR KANGEN


▪ Ikan freshwater boleh hidup sihat dalam air KW8.5 atau drinking water KW9.5. Kami dah cuba dan ikan yg dimasukkan dalam ph8.5 hidup lebih sihat kalau dibandingkan dimasukkan dalam clean water.

▪ Kita dah test dalam lab yg air KW8.5 mengandungi lebih banyak (46%) disolved oksigen jika dibandingkan air dalam clean water.

▪ Penukaran filter berkala adalah sangat penting untuk memastikan kualiti air yg tip top. Akan tetapi sekiranya ada clorin, floride, dan seumpamanya yg dikatakan membahayakan kesihatan terlepas dari filter ianya akan dinyahkan di secondary outlet.

▪ Ini disebabkan clorin, floride dan seumpamanya adalah bercharge -ve dan ianya akan pergi ke katode yg airnya akan dikeluarkan di secondary outlet. 
Semoga dapat memberi menafaat.

kredit : Abdul Kahar

KRISIS PEMULIHAN (Healing Crisis)


========================

Krisis pemulihan ialah suatu proses di mana badan seseorang melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sebagai sebahagian daripada proses pemulihan, badan seseorang akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul di dalam badan selama bertahun-tahun.

Semasa proses penyingkiran toksik, badan anda akan mengalami tanda-tanda dan gejala tidak selesa, dan ini diiktiraf sebagai krisis pemulihan. Dalam falsafah Perubatan Cina, pemulihan yang sebenar perlu sentiasa didahului dengan krisis pemulihan.


Mengapa Terjadi Krisis Pemulihan (Healing Crisis) ?

Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, nutrien akan bertindakbalas dengan oksigen di dalam tubuh. Tindakbalas ini sebenarnya menggalakkan dan merangsang organ badan supaya bekerja lebih kuat untuk melakukan pembersihan, penghapusan, menggantikan tisu yang lama dengan tisu baru, pengimbangan, dan sebagainya.

Bayangkan jika badan anda adalah seperti paip besi berkarat, dan apabila anda masukkan ke dalam beberapa ejen karat atau pembersih paip. Pada permulanya, lebih karat akan keluar dari dinding paip (toksik). Ia akan nampak lebih teruk kerana kotoran telah membanjiri paip. Tetapi apabila semua karat telah dibersihkn, paip akan menjadi cantik dan bersih semula.


Adakah Krisis Pemulihan (Healing Crisis) Suatu Petanda Yang Baik?

Ya. Krisis pemulihan adalah satu petanda yang menunjukkan bahawa rawatan yang anda ambil, sememangnya berkesan.

Sesetengah orang mungkin fikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebaliknya ia adalah satu proses penyembuhan semulajadi dan ia sememangnya satu petanda yang baik untuk bergerak ke arah kepada proses penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis pemulihan hanya berlaku kepada orang yang sihat kerana ia menunjukkan bahawa kesihatan anda masih di tahap yang tinggi untuk membuat respons kepada perubahan biologi semasa proses penyembuhan. Walaubagaimanapun, apabila tidak ada krisis pemulihan berlaku, ia mungkin kerana sama ada tubuh anda sememangnya tiada toksin dan kesihatan anda di tahap yang paling optimum, atau badan anda terlalu lemah dan tidak dapat melalui proses penyembuhan.


Adakah Semua Orang Mengalami Tanda-tanda dan Gejala yang Sama Semasa Krisis Pemulihan (Healing Crisis)?

Semua orang adalah berbeza. Sesetengah orang mengalami krisis penyembuhan sejurus selepas pengambilan air Kangen, sementara yang lain hanya akan berlaku selepas satu atau dua bulan. Tahap keseriusan juga berbeza. Jika sistem badan lebih toksik, maka dia akan mengalami krisis pemulihan yang lebih berat.


Secara Umumnya, Berapa Lamakah Proses Pemulihan (Healing Crisis) Akan Berlangsung?

Ia bergantung kepada keadaan kesihatan individu. Ia boleh berlaku selama 2-3 hari atau 2-3 bulan.


Kebanyakan Orang Berasa Lebih Baik Selepas Mengambil air Kangen, Tetapi Saya Telah Mengamalkan Pengambilannya untuk Seketika, dan Saya Tidak Perasan sebarang Perbezaan. Mengapa Ini Terjadi?

Secara umumnya, selepas beberapa waktu selepas pengambilan air Kangen, anda akan merasa beberapa perubahan (seperti semakin bertenaga, pergerakan usus yang lebih baik, dll.) Jika anda tidak sedar akan peningkatan apa-apa, penjelasan yang mungkin adalah:

1. Anda tidak mengambil dengan konsisten

2. Anda tidak mengamalkan seperti cara yang disyorkan

3. Takut melalui krisis pemulihan yang teruk, jadi anda berhenti mengambil semuanya sekaligus

4. Gaya pemakanan dan gaya hidup yang tidak seimbang

5. Penyakit kronik – memerlukan tempoh yang lebih lama untuk pulih

6. Keadaan tubuh yang kronik


Tanda Krisis Penyembuhan (Healing Crisis) dan Kemungkinan Punca

✔️ Keletihan, berasa mengantuk – Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih

✔️ Sakit kepala, kepala terasa berat- Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi

✔️ Demam, demam sedikit, keresahan – Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan

✔️ Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk – Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon.

Saturday, 19 October 2019

ZIKIR PAGI AMALAN SUNNAH RASULULLAH ﷺ

kredit buat blog tuan mdthamim


Antara zikir dan doa utama yang diamalkan Rasulullah ﷺ pada waktu pagi setelah subuh hingga terbit matahari:

1. MEMBACA AYAT KURSI

Dibaca satu (1) kali

Fadhilat:

"Siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang."

[HR Al Hakim 1: 562]

2. MEMBACA 3 QUL; SURAH AL IKHLAS, AL FALAQ & AN NAAS

Dibaca tiga (3) kali

Fadhilat:

"Siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya."

[HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575]

3. MEMBACA SAYYIDUL ISTIGHFAR

Dibaca satu (1) kali

‎اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ،
‎أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْت*َ.

Fadhilat:

"Barangsiapa mengucapkan zikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni syurga. Barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu dia mati sebelum pagi, maka ia termasuk penghuni syurga."

[HR. Bukhari no. 6306]

4. MEMBACA DOA PELINDUNG DIRI

Dibaca tiga (3) kali.

‎بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Fadhilat:

"Barangsiapa yang mengucapkan zikir tersebut sebanyak 3 kali di pagi hari dan 3 kali di petang hari, maka tidak akan ada bahaya yang tiba-tiba memudaratkannya."

[HR. Abu Daud no. 5088, 5089, Tirmizi no. 3388, dan Ibnu Majah no. 3869]

JOM SAMA2 AMALKAN

@kitabdoa 

Amalan untuk kaum hawa


Doa ini diajarkan Rasulullah ﷺ kepada Sayyidah ‘Aishah رضي الله عنها:


اَللَّهُمَّ أَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِي
وَ أَجِرْنِي مِنْ مُضِلَاتِ الْفِتَن

allahumma azhib gaiza qalbi wa ajirni min mudhi latil fitna

Maksudnya: Ya Allah, keluarkan kemarahan / keresahan hatiku, dan peliharakan diriku daripada kesesatan segala fitnah.

Amalkan zikir ini 7 kali setiap hari, antara faedahnya ialah menjadi asbab untuk diperbaiki akhlak dan diperkuatkan iman, dan juga diangkat darjatnya kepada darjat para auliya serta dijadikannya sebagai wanita yang solehah.


[Habib Kadzim Bin Jaafar Bin Muhammad Assaggaf حفظه الله تعالى]

DOA Kekuatan Iman


Bismillahirrahmanirahim..

Allahumma qawwini fihi' ala iqamati amrika,
Wa adziqni fihi halawata dzikrika,
Wa awzi'ni fihi liadai syukrika bikaramika,
Wahfazhni fihi bihifzhika wa satrika,
Ya absharan nazhirin,

" ya allah! Mohon berikanlah kekuatan kepadaku, untuk
Menegakkan perintah - perintah - MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-MU. Mohon berilah aku kekuatan untuk bersyukur kepada-MU, dengan kemuliaan- MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan -MU dan perlindungan -MU, wahai dzat yang maha melihat".

Ikhtiar sebelum meninggalkan kediaman dan sebagainya.

1. Ketika rumah, pejabat, kedai anda telah dikunci, letakkan tapak tangan anda ke dinding atau pintu rumah dan baca doa berikut:

i) Mengucap dua kalimah syahadah - 1X

ii) Selawat keatas nabi - 2 X
اللهم صل على محمد وآل محمد

iii) Ayat Kursi - 1 X

اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاو ;َاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ
حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allahu la ilaha illa huwa Al -Haiyul-Qaiyum
La ta'khudhuhu sinatun wa la nawm
lahu ma fi as-samawati wa ma fil-'ard
Man dhal-ladhi yashfa'u 'indahu illa bi-idhnihi
Ya'lamu ma bayna aydihim wa ma khalfahum
wa la yuhituna bi shai'in min 'ilmihi illa bima sha'a
Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard
wa la ya'uduhu hifdhuhuma
wa Hu wal 'Aliyul-Aziim"

iv) Surah Yasin ( ayat ke-9 ) - 1 X

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

" Wa Ja'alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun "

Bermaksud :

"Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

RESEPI Bawal Emas Stim Asam Boi


Bahan-Bahan:
1 ekor Bawal Emas, bersihkan
5 biji asam boi
3 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kimau nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato, potong 4
4-5 tangkai daun ketumbar

Cara Penyediaan:
Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

Friday, 18 October 2019

RESEPI Talam Tokyo


Bahan-bahan

Lapisan Bawah
30g suu'un - rendam selama 10-13 minit - gunting kecik-kecik
125g sagu kecil - cuci dan rendam 10-13 minit dan toskan
50g kelapa parut -amik yang putih je
1 sudu kecil garam
200ml santan

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan dan kukus selama 15 minit,bila dah masak tekan-tekan sikit dengan sudu (pastikan tutup pengukus ditutup dengan kain/towel)

Lapisan Atas
150g gula pasir
50g tepung kastard
400ml santan
1 biji telur (gred A)
1/8 sudu kecil air abu (kak rose x de, so x letak)
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau
sedkit paste pandan

Cara-cara

1. Satukan semua bahan-bahan kecuali gula. Kacau sebati dan tapiskan dalam periuk
2.Masukkan gula dan masak atas api sehingga naik wap (jadi pekat sikit macam susu pekat gitu)

3. Tuang ke atas lapisan sagu tadi dan kukus lagi selama 30 minit. Siap dan buka tutup pengukus dan sejukkan dulu sebelum dipotong.

Kredit kak rose
LIKE DAN SHARE



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

RESEPI Kuih lapis labu kuning

Bahan A:
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, simpul

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 1/2 cawan santan

Bahan C:
1/2 cwn santan pekat

Bahan D:
1 cawan labu, rebus dan haluskan


Cara-caranya

Masak bahan A hingga gula larut dan sejukkan, ketepikan dulu.
Dalam mangkuk lain satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A.
Setelah sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian di masukkan santan dan satu bahagian lagi masukkan labu.

Panaskan kukusan, alaskan plastik pada loyang.
Masukkan adunan labu dan kukus selama 10 minit.
Lapiskan pula adunan santan, kukus selama 7 minit.
Ulangi sehingga habis, setiap lapisan 7 minit dan lapisan terakhir 20-25 minit guna api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik.

Biarkan kuih betul-betul sejuk barulah di potong menggunakan pisau plastik.

Nota:

Kurangkan sukatan gula kepada 1 cawan, jika tak suka manis.

Selamat mencuba and happy cooking!



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

MEMBERS