WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Tuesday, 15 October 2019

RESEPI Nutella Homemade

*Date:* 1 Feb 2019
*Disiarkan:* Cikgu Nas
*Menu:* Nutella Homemade Jimat & Mudah

*Bahan-Bahan*
▶1 cawan kacang tanah (kalau ada bajet boleh guna kacang lain seperti hazelnut, almond atau lain-lain jenis kacang ikut suka. Semua kekacang sedap dan ada rasa tersendiri.)
Cikgu guna hazelnut

▶2 sudu makan serbuk koko (cikgu guna berlys)
▶Setengah cawan gula (kurangkan kalau tak nak manis - ni kena tengok citerasa kita)
▶Secubit garam pink
▶Esen vanila (untuk bagi wangi saja, kalau tak ada pun tak apa.)
▶Setengah cawan minyak (boleh pilih apa-apa minyak terbaik yang ada di rumah. Cikgu guna VCO + minyak mazola).


*Cara-Cara*

✅Sangai/ Goreng Kacang
Mula-mula, gorengkan kacang hingga masak. Kalau tak nak kulit kacang, sebaiknya goreng tanpa minyak supaya kulitnya mudah dibuang. (Cikgu ok je sebab kulit kacang pun ada khasiatnya juga.)
✅Bagi yang guna kacang almond atau hazelnut yang sedia untuk dimakan, tak perlu goreng lagi. Boleh blender terus.
✅Kisar kekacang Masukkan kacang dalam blender dan kisar kasar dulu. Tak perlu tunggu kacang terlalu halus sebab ia akan keluar minyak dan nanti adunan tak boleh gerak dah.
✅Jangan risau, boleh guna sudu untuk adukkan dia bila dah offkan blender nanti.
✅Masukkan Koko, Gula & Garam Tekan butang ‘on’ sampailah adunan kacang tak bergerak. Jangan risau, adukkan ke tgh guna senduk
✅Tambah minyak & esen vanilla
Tambahkan sedikit demi sedikit, jangan terus tuangkan semua.
✅Kalau blender dan adunan kacang dikisar elok je pusingannya, tandanya minyak dah cukup dan tak perlu tambah lagi ya

❗Kalau nak buat lebih banyak, sebaiknya kacang dan gula blender asing guna blender 2 mata (blender kering) dulu. Lepas tu campur semua bahan guna blender 4 mata.

❗Macam Cikgu suka ada kasar2 sikit. Jadi boleh asingkan yang kasar dalam 3 sudu makan ke... tengok nak yg macam mana ya

‼Jangan Risau Banyak Cikgu Letak, Dah Buat Nanti Baru Tahu Kenapa, Cikgu Cakap Jangan Risau 

*Selamat Mencuba*



Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS