*Date:* 5 Sept 2019
*Disiarkan:* Team NR
*Menu:* Serunding Ayam
*Bahan-bahan*
▶Satu kilo isi ayam yang telah direbus dan dicarik-carik
▶1 cawan santan pekat(kalau nak masukkan lebih sikit pun tak apa,ikut citarasa masing2)
▶2 paket kecil kerisik
▶2 helai daun kunyit,diracik halus
▶garam dan gula secukup rasa
▶30 tangkai cili kering✳
▶2 cm halia✳
▶1 inci lengkuas✳
▶4 batang serai✳
▶10 biji bawang merah (cikgu ganti 2 biji bawang besar)✳
▶6 ulas bawang putih✳
*Cara-cara*
✅Kisar halus bahan-bahan bertanda✳
✅kemudian masukkan dalam kuali bersama dengan isi ayam tadi.(jangan guna air yang terlalu banyak semasa mengisar bahan2 tadi, cukup sekadar untuk melembabkan isi ayam sahaja)
✅Masak selama 10 minit.
✅Masukkan santan,kerisik,daun kunyit,garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
✅Masak hingga betul-betul kering sambil dikacau selalu supaya tak hangus.
*Serunding dah sedia dihidangkan dengan pulut atau roti*
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger