*Date:* 24 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Kuih Puteri Ayu
*Bahan-Bahan*
▶120 gram tepung gandum (cikgu guna tepung cap rose)
▶1/2 cawan santan pekat (cikgu guna kara)
▶120 gram gula halus
▶1 biji telur gred b
▶1 sudu besar pes pandan
▶1 sudu kecil ovelet
▶1 1/2 sudu besar tepung jagung
▶1/2 cawan kelapa parut (putihnya sahaja,jangan perah ya)
▶1/2 sudu kecil garam
*Cara-Cara*
✅gula dan ovelet diputar sebati
✅masukkan telur dan putar hingga kembang
✅masukkan pes pandan, putar lagi
✅tepung gandum digaul bersama tepung jagung
✅masukkan campuran tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan dan diselang selikan dengan santan
✅pukul adunan sehingga rata, nak blend boleh, nak guna mixer boleh tak ada masalah
✅sapukan minyak pada acuan, masukkan kelapa parut yang telah digaul dengan garam, tekan-tekan padatkan
✅kukus 8 to 10 minit @ sehingga masak
✳untuk nak tukar, puteri ayu cheese
▶250 gram tantura cheese
▶2 sudu besar tepung gandum
▶5 sudu besar gula kastor (boleh kurang@lebihkan)
▶1 sudu besar susu cair
▶2 sudu besar air
▶1 biji telur b
✅pukul semua bahan, dah siap masukkan dalam piping beg, boleh paip dalam acuan yang dah sapu minyak sikit, kukus 2 minit, baru boleh masukkan adunan apam nya
Utk kelapa parut ikut mcm mana yg pernah buat, Ada jenis
▶Perah kelapa letak Garam sikit pastu kukus
▶Kelapa parut letak Garam pastu kukus
▶Kelapa parut letak Tepung ubi dan Garam sikit
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger