WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Lepat Pisang

*Date:* 24 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Lepat Pisang

*Bahan-bahan*
▶4 biji pisang masak (pisang awak masak)
▶80 gram gula pasir
▶1/2 sudu kecil garam
▶130 gram tepung gandum (cikgu guna cap sauh-diayak)
▶daun pisang secukupnya

*Cara-Cara*
✅daun pisang dipotong 12cm x 19cm (atau agak2)
✅daun pisang dijemur di tengah panas, atau dilayurkan di atas api dapur yang pelan
✅pisang dilecek hingga hancur
✅masukkan garam, gula, dan tepung gandum yang dah diayak. Kacau sebati
✅letakkan 2 sudu adunan diatas daun pisang
❗extra siapa suka, lepat pisang ada kelapa parut dalam nya, boleh letak sikit
✅bungkuskan seperti dalam gambar
✅didihkan pengukus, baru kukus kan lepat pisang 15 minit @ sehingga masak


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS