WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Sup Cendawan Butang Dengan Ayam

*Date:* 17 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Sup Cendawan Butang Dengan Ayam

*Bahan-bahan:*
▶ 5 biji cendawan butang segar (hiris nipis)
▶ 150gm isi dada ayam
▶ 3 ulas bawang merah (hiris)
▶ 2 ulas bawang putih (cincang)
▶ 1 hirisan halia
▶ 1 sudu teh serbuk perasa ayam
▶ 1 sudu teh lada sulah
▶ 2 batang lobak merah (potong)
▶ Garam dan serbuk perasa secukupnya
▶ 2 cawan air

*Cara memasak:*
✅ Masukkan air dalam periuk bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan halia.
✅ Renehkan di atas dapur, selepas mendidih masukkan ayam dan cendawan.
✅ Biarkan mereneh lebih kurang lima minit.
✅ Perasakan dengan serbuk perasa ayam, lada sulah dan garam secukup rasa.
✅ Setelah cukup rasa. Tutup api.
✅ Sebelum dihidangkan, taburkan hirisan daun bawang di atasnya.

# Selain ayam, boleh gantikan dengan daging.


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS