WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Apam Serabai Dengan Serawa Durian

*Date:* 23 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Apam Serabai Dengan Serawa Durian

*Bahan-bahan Apam Serabai*
▶2 Cawan tepung beras
▶1/2 Cawan nasi
▶1/2 Cawan santan
▶1 sudu kecik garam
▶2 sudu kecik gula
▶1 sudu kecik yis
▶1 1/2 Cawan air

*Cara-cara*
✅Kisar nasi bersama santan sampai nasi hancur, masukkan garam, gula, tepung beras dan air kemudian kisar sebati
✅Masukkan yis kemudian gaul dan perapkan 1 jam
✅Selepas 1 jam, panaskan pan dan sapu pan sedikit dengan butter atau majerin, setelah pan panas tuang sesenduk adunan ke dalam pan, ikut saiz yang di kehendaki, ada budjet boleh beli acuan serabai di kedai ya, harga kena p check di kedai
✅Dah masak, sedia dihidang bersama serawa durian

*Bahan-bahan serawa durian*
▶2 biji buah durian-di ambil isi nya
▶1 biji kelapa parut-di perah ambil santannya 1 mangkuk sedang
▶3 ketul gula melaka
▶2 gelas air
▶2 helai daun pandan

*Cara-cara*
✅Masak gula melaka dgn 2 gelas air
✅Masak santan dgn daun pandan sehingga mendidih,tuangkan air gula melaka dan kacau rata.
✅Masukkan durian,kacau sehingga pekat sedikit dan tutup api.
✅Dah pun siap...boleh jadikan kuah cicah apam serabai tadi, atau roti biasa pun sodap 殺


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS