WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Sunday, 13 October 2019

RESEPI Bingka Pandan

*Date:* 28 July 2019
*Disiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Bingka Pandan

*Bahan-bahan*
▶3 cawan Tepung Gandum
▶3 biji telur saiz B
▶1 cawan air daun pandan
▶2 cawan air
▶2 cawan santan
▶1 1/2 cawan gula. (ikut sapa suka manis boleh tambah)
▶Secubit gram.
▶Sedikit pewarna hijau .
▶Planta tuk sapuan diloyang
▶Sedikit bijan

*Cara-cara*
✅Masukkan bahan2 semua.. Kecuali bijan  dn planta... Kacau bahan semua dgn wish hingga sebati dan tak bergentel...
✅Sapukan loyang dgn planta.. Masukkan bahan dlm loyang dan taburkan bijan diatas... bakar dlm suhu 180' selama 1jam atau hingga masak, agak2 dah kekuningan boleh la angkat dn sejukkan

*Sedia dihidang* 


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya.. sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak.. tak la susah nak cari.. bila tak jumpa tu terus tak jadi nak main masak-masak.. hehe.. ayat bila dah malaskan.. macam-macam alasan la keluar.. Apapun kita enjoy our life.. biar la nak tonggang tebalik pun.. makan tetap makan... 

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS