WEEKEND ORDER

Tempahan hanya terhad bagi kawasan sekitar Jalan Sukepi, 32500 Telok Panglima Garang. Termasuk kawasan kejiranan Jenjarom, Johan Setia, Kota Kemuning, Puchong, Jalan Kebun dan Shah Alam. Tempahan boleh dibuat awal untuk memudahkan penyediaan. Penghantaran akan dibuat untuk Sarapan dan waktu yang dipersetujui. Untuk jumlah yang banyak order siap-siap awal ya supaya boleh lock date dan tidak diganggu dengan tempahan lain. Kami mengutamakan kualiti. Pengediaan kami kebanyakannya menggunakan Mesin Premium Thermomix dan persediaan makanan dicuci, direbus diadun menggunakan Air Kangen. Senarai nama tempahan dan produk: 1. Nasi Lemak Hijau 2. Aneka kuih muih (Kasuwi Gedik, Apam) 3. Pes Ibu sambal 4. Pes sambal tumis ikan bilis 5. Kuah kacang diet 6. Cheese kek leleh 7. Choco moist kek 8. Mentega kacang diet 9. Sekaya pandan 10. Kuih muih frozen Insyaallah akan di tambah dari masa ke semasa

Monday, 14 October 2019

RESEPI Nasi Beriyani

*Date:* 25 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Nasi Beriyani
*untuk 2 orang makan, nak lebih sila lebihkan*

*Bahan-bahan*
▶1 cawan beras basmati (cikgu guna faiza moghul-cuci dan tuskan)
▶1 cawan air
▶1/2 cawan susu cair
❗cara sukatan beras basmati, 1 cawan beras + 1 1/2 cawan air (nak campur susu cair pun tetap ukuran macam ni
▶1 sudu besar rempah beriani
▶2 ketul dada ayam
▶1/3 cawan kismis hitam
▶1/4 cawan gajus
▶1 sudu besar minyak sapi
▶1 tangkai daun ketumbar

*Bahan Tumisan*
▶3 ulas bawang merah (dihiris)
▶2 ulas bawang putih (dihiris)
▶1 inch halia (dihiris)
▶1 batang kulit kayu manis
▶2 kuntum bunga lawang

*Cara-cara*
✅panaskan minyak sapi, masukkan bahan tumis, tumis sampai naikk bau
✅masukkan susu cair, air, garam, dan rempah beriani, kacau rata
✅masukkan ayam dan beras, kacau rata
✅masak hingga nasi masak
✅masukkan kismis, gajus dan daun ketumbar

❗ *PANDUAN TAMBAHAN*
⏩Menggunakan pewarna – Jika nak tambah pewarna kuning, titiskan pewarna apabila nasi dah mengering, dan biarkan jangan kacau lagi hingga nasi masak sepenuhnya. Kalau nak guna dua tiga pewarna berbeza pastikan jarakkan antara satu warna dengan yang lain
⏩Minyak – minyak tak termasuk dalam jumlah cecair yang digunakan untuk masak nasi.
Elak nasi patah – Jangan terlalu kacau masa masak guna basmathi ni terutama bila cecairnya dah kering. Nanti habis patah riuk beras tu.
⏩Bekas penyukat – Gunakan penyukat yang sama untuk menyukat beras dan air/cecair.
⏩Tanpa rice cooker – Kalau masak atas dapur, gunakan api yang besar masa airnya tengah banyak. Ini dapat memastikan nasinya tidak lembik atau terlebih kembang.Bila air dah kering, barulah kecilkan apinya.


Resepi yang dikongsi disini ada yang Ann belajar dan ada yang Ann copy dari group wasap dan blog lain. Bukan curi resepi ya. Sekadar perkongsian untuk rujukan bila nak memasak. tak la susah nak cari. Biasa bila mencari susah sangat nak jumpa. Bila tak jumpa tu terus tak jadi nak 'main masak-masak'. hehe. Ayat bila bermalasan ke tu? Apapun enjoy our life. Biar la nak tonggang tebalik hidup sekalipun. Makan tetap makan. Berpura-pura sedihpun memerlukan tenaga tau. 😁

No comments:

Post a Comment

Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger

MEMBERS