*Date:* 25 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas/Cikgu Wani
*Menu:* Seri Muka Durian
*Loyang segi empat, saiz 7 x 7 inci* @ gunalah loyang yang bersesuaian
*Lapisan Bawah*
▶500 gram pulut-rendam semalaman
▶300 gram santan pekat
▶300 ml air
▶1 sudu kecik garam
*Lapisan Atas Bahan A*
▶140 gram tepung beras
▶50 gram tepung ubi
▶100 gram tepung gandum
▶180 gram gula
▶270 ml santan
▶470 ml air
▶3 biji telur b
*Lapisan Atas Bahan B*
▶200 gram isi durian
▶100 ml air
*Lapisan Atas Bahan C*
▶pewarna hijau sikit, kuning sikit
*Cara-cara*
✅alas acuan dengan plastik dan sapu minyak, panaskan pengukus
✅campurkan semua bahan lapisan bawah dan kukus sehingga masak, dah masak,tekankan hingga padat, ambik garfu, carik-carik atas pulut tadi, sebelum tuang adunan atas, ketepikan sebentar
✅lapisan atas, campur semua bahan A dan kacau rata. Masak diatas api hingga keluar wap sahaja
✅angkat,masukkan bahan B dan kacau sebati
✅masuk pula bahan C dan kacau sebati
✅tuang diatas pulut yang dah kukus dan carik tadi, kukus selama 40 minit @ sehingga masak
✅tunggu sejuk baru potong
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger