*Date:* 16 Ogos 2019
*DiSiarkan:* Cikgu Ila/Cikgu Nas
*Menu:* Daging Palembang
*Bahan-bahan:*
▶500 gm daging (potong lebar dan nipis)
▶3 batang serai (diketuk)
▶250ml santan pekat
▶2 sudu makan kerisik
▶1 cawan kicap lemak manis
▶Minyak masak secukupnya untuk menumis
*Bahan Tumis:*
▶3cm kulit kayu manis
▶2 kuntum bunga lawang
▶4 kuntum bunga cengkih
▶3 biji buah pelaga
▶5 ulas bawang merah (hiris)
▶4 ulas bawang putih (hiris)
*Bahan Kisar:*
▶2 biji bawang besar
▶3 ulas bawang putih
▶3cm halia muda
▶3cm lengkuas
▶10 tangkai cili kering
▶5 biji cili merah
*Cara Memasak:*
✅Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.
✅Masukkan bahan kisar bersama serai, kacau sehingga pecah minyak.
✅Masukkan daging dan gaul sebati.
✅Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
✅Masukkan kicap dan diikuti dengan santan.
✅Biarkan masak hingga daging mula empuk.
✅Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.
✅Masukkan kerisik dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.
✅Daging Palembang sedia dihidangkan.
# Jika ingin lebih cepat masak boleh rebus dahulu daging hingga empuk, kemudiah hiris nipis dan ketuk.
No comments:
Post a Comment
Saya akan reply sebentar lagi..
Untuk jawapan segera boleh dm
Http://www.wasap.my/601162969796/Blogger